Tiga premis lebih 100 tahun musnah terbakar

KUANTAN – Tiga premis perniagaan berusia lebih 100 tahun di bandar raya ini musnah dalam kebakaran, petang tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Ismail Abdul Ghani berkata, tiga premis di Jalan Besar itu membabitkan kedai menjalankan perniagaan permaidani, pengurup wang dan kedai runcit.

Beliau berkata, sejumlah 43 pegawai dan anggota dari empat Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) iaitu Kuantan, Indera Mahkota, Taman Tas dan Gebeng dikejarkan ke lokasi sebaik menerima panggilan jam 4.45 petang.

Empat jentera pemadam dan dua lori tangki air turut terbabit dalam operasi ini.

“Setakat ini, punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan. Kebakaran tidak membabitkan mangsa,” katanya.

Pemilik kedai runcit, Sulaiman Abdul Aziz, 57, berkata sewaktu kejadian dia dalam perjalanan ke kedai selepas menunaikan solat Asar di Masjid Negeri Sultan Ahmad Satu, lapor Berita Harian.

“Ketika itu saya nampak asap dan percikan api di bahagian belakang kedai dan kejadian berlaku sangat pantas.

“Hanya beberapa dokumen sempat diselamatkan, namun saya bersyukur tiada kecederaan membabitkan pekerja,” katanya.

Related Posts

Sarawak perkukuh status hab tenaga hijau dan semikonduktor di Asia Tenggara

SHANGHAI – SMD Semiconductor Sdn Bhd (SMD) memeterai Memorandum Perjanjian (MoA) dengan Jiangsu Linyang Energy Co Ltd (Linyang Energy) untuk membekalkan penyelesaian semikonduktor kuasa ke pasaran global pada 13 Ogos…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan Pahang sedia RM5.5 juta untuk TVET

KUANTAN – Sejumlah RM5.5 juta diperuntukkan Kerajaan Pahang bagi memperkukuh bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di negeri itu. Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

‘Pas penipu atau gagal memahami akaun kewangan TH, sila jelaskan’ – Chong Zhemin

‘Pas penipu atau gagal memahami akaun kewangan TH, sila jelaskan’ – Chong Zhemin

Penyatuan Melayu-Islam: Apa makna jika amanah dan tadbir urus dipersoal?

Penyatuan Melayu-Islam: Apa makna jika amanah dan tadbir urus dipersoal?

Sarawak perkukuh status hab tenaga hijau dan semikonduktor di Asia Tenggara

Sarawak perkukuh status hab tenaga hijau dan semikonduktor di Asia Tenggara

Kerajaan Pahang sedia RM5.5 juta untuk TVET

Kerajaan Pahang sedia RM5.5 juta untuk TVET

Pas gagal tutup aktiviti judi masa jadi kerajaan – Chun Weng

Pas gagal tutup aktiviti judi masa jadi kerajaan – Chun Weng

Dr MAZA puji prestasi Menteri Agama dalam pengurusan hal ehwal Islam

Dr MAZA puji prestasi Menteri Agama dalam pengurusan hal ehwal Islam