MEF hargai usaha kerajaan bantu PKS hadapi gaji minimum

PUTRAJAYA – Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) menyambut baik tindakan kerajaan menaikkan gaji minimum kepada RM1,700 berkuat kuasa 1 Februari tahun depan menerusi pembentangan Belanjawan 2025, hari ini.

Presiden MEF, Datuk Dr Syed Hussain Syed Husman berkata, pihaknya menghargai usaha Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang memahami serta mengambil kira cabaran sedang dihadapi oleh perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dalam menentukan kadar gaji minimum baharu.

Menurutnya, kerajaan memberikan tempoh yang munasabah kepada majikan untuk melaksanakan gaji minimum terutamanya bagi perniagaan mikro yang mempunyai kurang daripada lima pekerja.

“MEF juga berterima kasih kepada Menteri Sumber Manusia,  Steven Sim kerana sentiasa dekat dengan pihak berkepentingan, majikan dan kesatuan serta memahami cabaran di lapangan.

“Kita juga menghargai Majlis Perundingan Gaji Negara (MPGN) yang sentiasa berbincang ahli-ahli MPGN sebelum mencapai keputusan sebulat suara melalui kata sepakat,” katanya kepada The Malaysia Press, hari ini.

Semalam, kerajaan menerusi pembentangan belanjawan bersetuju menaikkan kadar gaji minimum kepada RM1,700 sebulan daripada RM1,500 kini berkuat kuasa 1 Februari tahun depan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan juga memutuskan penangguhan kuat kuasa gaji minimum RM1,700 membabitkan majikan yang mempunyai kurang lima pekerja bagi tempoh enam bulan iaitu berkuat kuasa pada 1 Ogos 2025.

Dalam pada itu, Syed Hussain berkata, penting untuk pihak berkepentingan memahami bahawa majoriti perniagaan di Malaysia adalah PKS selain dalam kalangan industri itu, terdapat perbezaan antara perniagaan di kawasan bandar dan luar bandar.

Oleh itu, sebarang keputusan untuk menyemak gaji minimum perlu mengambil kira semua faktor ini. Gaji minimum tidak pernah menjadi isu bagi syarikat multinasional seperti MNC, GLC, GLIC dan syarikat tempatan besar sebaliknya lebih kepada PKS,” katanya.

Sementara itu, Syed Hussain menegaskan, gaji minimum baru RM1,700 hanya merupakan titik permulaan kerana kebanyakan majikan boleh membayar lebih tinggi daripada jumlah berkenaan.

“MEF menggesa majikan yang mampu membayar gaji lebih tinggi agar berbuat demikian. Tiada sesiapa yang sepatutnya menggunakan gaji minimum sebagai alasan untuk membayar gaji pada kadar minimum.

“Adalah amalan yang beretika dan baik bagi majikan untuk membayar gaji berdasarkan prestasi pekerja dan perniagaan mereka,” katanya.

Related Posts

Kerajaan akan pinda Akta Tabung Haji, mansuh AUKU sepenuhnya – Anwar

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan meminda Akta Tabung Haji 1995 (Akta 535) bagi memperkukuh tatakelola institusi berkenaan serta memastikan amanah umat Islam terus dipelihara, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Stabiliti politik penting untuk kesinambungan pembangunan ekonomi – Tian Chua

AYER KEROH – Kestabilan politik perlu terus dipelihara bagi memastikan kesinambungan pembangunan ekonomi negara, terutama ketika Malaysia berdepan ketidaktentuan geopolitik global, kata bekas Naib Presiden PKR, Tian Chua. Beliau berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

SARA terus jadi keutamaan walau berdepan ketidaktentuan ekonomi – Amir Hamzah

  • By Fatin
  • August 17, 2026
SARA terus jadi keutamaan walau berdepan ketidaktentuan ekonomi – Amir Hamzah

‘Car Boot Sale’ bantu peniaga dan belia berniaga fleksibel, kembalikan nadi bandar

  • By Fandi
  • August 17, 2026
‘Car Boot Sale’ bantu peniaga dan belia berniaga fleksibel, kembalikan nadi bandar

Arsenal angkat Perisai Komuniti, tewaskan City 3-0

Arsenal angkat Perisai Komuniti, tewaskan City 3-0

Harimau Malaya tumbang 0-2 di tangan Vietnam

Harimau Malaya tumbang 0-2 di tangan Vietnam

Kerajaan akan pinda Akta Tabung Haji, mansuh AUKU sepenuhnya – Anwar

Kerajaan akan pinda Akta Tabung Haji, mansuh AUKU sepenuhnya – Anwar

Stabiliti politik penting untuk kesinambungan pembangunan ekonomi – Tian Chua

Stabiliti politik penting untuk kesinambungan pembangunan ekonomi – Tian Chua