Rumah terbakar, punca khianat baling botol Molotov

KUCHING – Kejadian kebakaran yang berlaku di halaman rumah milik wanita berusia 40 tahun di Tabuan Desa berpunca tindakan khianat seorang lelaki yang tidak dikenali yang membaling botol Molotov.

Menurut kenyataan Ketua Polis Daerah Kuching, P/ACP Mohd Farhan Lee Abdullah, kejadian tersebut mengakibatkan tiga motokar, lapan motosikal pelbagai jenis serta beberapa barangan elektrik dan kabinet terbakar dengan jumlah kerugian dianggarkan mencecah RM250,000.

Pihak polis kini mengesan suspek dan kes ini disiasat di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan denda.

Selain itu, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian untuk tampil membantu siasatan.

Orang ramai boleh menghubungi Pusat Kawalan IPD Kuching di talian 082-24444 atau Pegawai Penyiasat, Insp Stephen Buda Kiding, di talian 014-8801514.

Related Posts

Hilang kawalan langgar kereta, remaja maut di lokasi kejadian

KUCHING – Seorang remaja lelaki tempatan berusia 18 tahun maut selepas motosikal yang ditunggangnya dipercayai hilang kawalan sebelum diheret sebuah lori dalam satu kemalangan tragis di Jalan Canna pada Isnin.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

KOTA KINABALU – Kerajaan Persekutuan meluluskan RM1.57 bilion bagi memperkukuh pembangunan sektor kesihatan Sabah menerusi Rolling Plan 1 (RP1) Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi 2026. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Hilang kawalan langgar kereta, remaja maut di lokasi kejadian

Hilang kawalan langgar kereta, remaja maut di lokasi kejadian

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

  • By Fandi
  • August 17, 2026
LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus