PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mempengerusikan mesyuarat khas Kabinet hari ini bagi membincangkan persiapan Malaysia sebagai Pengerusi Asean 2025.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, mesyuarat itu diadakan bagi memastikan koordinasi rentas kementerian dilaksanakan dengan baik.
“Perdana Menteri panggil mesyuarat khas Kabinet (hari ini). Mesyuarat Kabinet yang biasa diadakan pada Rabu ditukar ke Jumaat sebab (ada) sidang Parlimen.
“(Namun) diadakan mesyuarat khas Kabinet jam 1 tengah hari nanti untuk bincang persiapan Malaysia mempengerusikan Asean,” katanya ketika berucap merasmikan Program Agroinvest 2024 Sempena Hari Inovasi Mardi di Serdang,
Difahamkan mesyuarat khas Kabinet itu diadakan di bangunan Parlimen.
Jumaat lalu, Laos secara rasmi menyerahkan jawatan Pengerusi Asean kepada Malaysia pada Majlis Penutupan Sidang Kemuncak Asean ke-44 dan ke-45, bersama dengan Sidang Kemuncak berkaitan dan Majlis Penyerahan Jawatan Pengerusi Asean di Vientiane.






