Kejam! Penjara Israel guna kudis seksa tahanan Palestin

RAMALLAH – Kelab Tahanan Palestin membongkarkan tindakan kejam penjara Israel yang menggunakan kudis sebagai alat penyeksaan terhadap rakyat Palestin yang ditahan dan dikurung.

Menurutnya, kebanyakan tahanan Palestin yang dibebaskan menderita akibat kudis (scabies) dan mengalami masalah kesihatan yang lain, termasuk masalah kronik yang memerlukan susulan perubatan, lapor Anadolu.

“Perkhidmatan Penjara menggunakan kudis sebagai cara gangguan dan penyeksaan serta menafikan hak tahanan untuk mendapatkan rawatan perubatan selama beberapa dekad menjadi alat penderaan.

“Rata-rata tahanan Palestin yang dibebaskan daripada penjara Israel menderita sakit kudis (scabies) seluruh badan akibat seksaan tentera penjajah malah penyakit ini juga telah menjadi masalah kesihatan paling ketara yang dialami tahanan Palestin,” katanya.

Tambah kumpulan itu, seorang tahanan yang baru sahaja dibebaskan dari Penjara Ramon Israel, juga digelar sebagai ‘zombie’ oleh penjaga penjara, akibat kesan kudis yang melata di badannya.

Kelab Tahanan Palestin turut berkongsi gambar banduan yang baru sahaja dibebaskan pada Selasa, menunjukkan perubahan ketara pada penampilan mereka disebabkan oleh jenayah sistematik seperti menyekat rawatan perubatan, kebuluran dan penyeksaan dilakukan Israel.

Selain itu, Antara seorang budak lelaki berusia 15 tahun bernama Iyad dari kem pelarian Shuafat di Baitulmaqdis Timur, turut dibebaskan dalam keadaan kesihatan yang sangat teruk akibat kudis.

Related Posts

Australia denda rakyat gagal mengundi

CANBERRA – Lebih 200,000 rakyat Australia yang gagal menunaikan kewajipan mengundi pada pilihan raya umum 2025 membayar denda, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya Australia (AEC), lapor Xinhua. AEC memaklumkan kepada Australian…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Rakyat Malaysia maut ditikam dalam pergaduhan di Korea Selatan

SEOUL – Seorang rakyat Malaysia maut selepas dipercayai ditikam dalam pergaduhan berkumpulan membabitkan kira-kira 10 warga asing di daerah Eumseong, Wilayah Chungcheong Utara, Korea Selatan, awal pagi Ahad. Menurut laporan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Harimau Malaya tumbang di Stadium Rajamangala

Harimau Malaya tumbang di Stadium Rajamangala

Saman sampah haram boleh sampai RM100,000 selepas ini – Exco Selangor

Saman sampah haram boleh sampai RM100,000 selepas ini – Exco Selangor

30 calon PRN Negeri Sembilan hilang wang deposit

30 calon PRN Negeri Sembilan hilang wang deposit

Sarawak sedia pendidikan percuma lahir modal insan global

Sarawak sedia pendidikan percuma lahir modal insan global

Aminuddin reda keputusan PRN, yakin pelapis PH mampu bangkit

Aminuddin reda keputusan PRN, yakin pelapis PH mampu bangkit

Mendidik masyarakat lebih penting daripada menang pilihan raya – Aminuddin

Mendidik masyarakat lebih penting daripada menang pilihan raya – Aminuddin