Izzuddin-Sze Fei juara Terbuka Artik

PUTRAJAYA – Beregu lelaki profesional negara, Nur Izzuddin Rumsani-Goh Sze Fei mencipta sensasi dengan menjadikan pasangan ranking dua dunia, Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen dari Denmark sebagai ‘mangsa’ selepas merangkul gelaran juara Terbuka Artik di Vantaa, Finland, hari ini.

Pada aksi final berlangsung di Vantaan Energia Areena itu, Izzuddin-Sze Fei dipaksa bekerja keras selepas diheret dalam perlawanan tiga set sebelum menang.

Diletakkan pilihan kelima kejohanan berstatus Super 500, Izzuddin-Sze Fei mencipta kebangkitan apabila tewas pada set pertama 15-21.

Pasangan ranking lapan dunia itu memperkemaskan permainan dan berjaya menang 21-15 pada set kedua.

Gandingan itu melenyapkan cabaran Astrup-Skaarup pada set ketiga dengan kemenangan 21-19 dalam perlawanan berlangsung sejam 12 minit.

Kejayaan menjuarai Terbuka Artik memperbaiki kedudukan ranking Izzuddin-Sze Fei, namun turut ‘menebalkan’ poket mereka dengan membawa pulang hadiah kemenangan RM142,282.

Ia adalah kejayaan ketiga mereka bagi musim ini selepas muncul juara Terbuka Jepun dan Terbuka China.

Related Posts

Olise bantu Perancis kalahkan Belgium 4-1

MICHAEL Olise masuk sebagai pemain gantian untuk membantu Perancis menewaskan Belgium 4-1 dalam aksi Liga Negara-Negara UEFA, awal pagi tadi, sekali gus menghadiahkan Zinedine Zidane kemenangan pertama di laman sendiri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Portugal kekal rekod menang 100 peratus, kalahkan Norway 2-1

JUARA bertahan Portugal mengekalkan rekod 100 peratus kemenangan dalam saingan Liga Negara-Negara Eropah UEFA selepas menewaskan Norway 2-1 di laman sendiri pada Ahad sekali gus mengesahkan tempat ke pusingan suku…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kawalan keselamatan lapangan terbang akan diperkasa, diperketat

Kawalan keselamatan lapangan terbang akan diperkasa, diperketat

Laporan awal kes Mohd Shuhaily dihantar ke AGC

Laporan awal kes Mohd Shuhaily dihantar ke AGC

Seksyen 302 bukan kesalahan kecil, pelajar perlu fahami implikasi undang-undang

Seksyen 302 bukan kesalahan kecil, pelajar perlu fahami implikasi undang-undang

Kerajaan pertimbang larangan parti politik terima dana asing

Kerajaan pertimbang larangan parti politik terima dana asing

Keselamatan murid lebih penting daripada imej sekolah – PM

Keselamatan murid lebih penting daripada imej sekolah – PM

Isu UNHCR perlu diselesaikan melalui rundingan dengan PBB – PM

Isu UNHCR perlu diselesaikan melalui rundingan dengan PBB – PM