Sarawak terus maju dan progresif – Abang Johari

KUCHING – Dalam usaha memperkukuh ekonomi Sarawak, Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg mengumumkan beberapa inisiatif penting.

Menurut beliau, Sarawak kini menjadi pemegang saham terbesar dalam Bank Affin dengan pegangan sebanyak 31.25 peratus.

“Langkah ini bukan sahaja memperkukuh kedudukan Sarawak dalam sektor kewangan tetapi memacu ekonomi Sarawak melalui sokongan perusahaan kecil dan sederhana (PKS),” kata beliau.

Selain itu, ujar beliau, pengambilalihan Pelabuhan Bintulu oleh Sarawak juga menjadi satu pencapaian yang besar.

“Pengambilalihan ini memastikan kawalan penuh ke atas pelabuhan utama menjadi teras kepada perdagangan dan eksport komoditi di Sarawak sekali gus memperkukuh ekonomi Sarawak,” kata beliau lagi.

Jelas beliau, kerajaan Srawak juga merancang meletakkan semua pelabuhan di bawah bidang kuasa pelabuhan tunggal bagi mengintegrasi pengurusan pelabuhan sedia ada dan yang bakal dibina.

“Ini termasuk Pelabuhan Air Dalam Baru Kuching di Tanjung Embang, yang dijangka menjadi pelabuhan serantau penting dengan kemudahan bunkering bahan api hijau dan terminal gas cecair asli,” ujar beliau lagi.

Beliau berkata demikian ketika berucap sempena Sambutan Perayaan Hari Lahir Ke-78 Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Sarawak 2024 di Padang Merdeka, Kuching pada Sabtu.

Sementara itu, Abang Johari berkata, pelancaran Borneo Supply Base di Pelabuhan Bintulu, yang akan meningkatkan perkhidmatan kepada industri petroleum di negeri ini.

“Pelancaran Borneo Supply Base di Pelabuhan Bintulu merupakan usaha dalam memacukan sektor perkapalan,” ujar beliau.

Tambah beliau, penubuhan pangkalan ini juga merupakan langkah bersejarah yang akan memberi kesan besar kepada industri petroleum Sarawak.

Selain itu, jelas beliau, Kerajaan Sarawak melantik Petroleum Sarawak Berhad (Petros) sebagai agregator gas tunggal, berdasarkan kuasa di bawah GDO 2016.

“Langkah ini diharap dapat meningkatkan pendapatan isi rumah sekali gus menghapuskan persepi Sarawak adalah ‘negeri kaya tetapi rakyat miskin’,” kata beliau lagi.

Dengan inisiatif ini, Abang Johari yakin Sarawak akan terus maju sebagai sebuah negeri yang progresif dan makmur, memacu ekonomi negeri ke tahap yang lebih tinggi.

Related Posts

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak

IPOH – Sebanyak RM80,000 diperuntukkan bagi melaksanakan tujuh projek menerusi Program Pembolehdayaan Modal Insan dan Pembelajaran Sepanjang Hayat Perak Sejahtera 2030 Tahun 2026, dalam usaha memperkasa komuniti Orang Kurang Upaya…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lima anak Perak ke Kazakhstan, timba ilmu agroekonomi bertaraf antarabangsa

IPOH – Lima anak Perak bakal membawa nama negeri ke persada antarabangsa apabila terpilih mengikuti Program Ijazah Dual Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA)–Kazakh National Agrarian Research University (KazNARU) selama…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Harimau Malaya tumbang 0-2 di tangan Vietnam

Harimau Malaya tumbang 0-2 di tangan Vietnam

Kerajaan akan pinda Akta Tabung Haji, mansuh AUKU sepenuhnya – Anwar

Kerajaan akan pinda Akta Tabung Haji, mansuh AUKU sepenuhnya – Anwar

Stabiliti politik penting untuk kesinambungan pembangunan ekonomi – Tian Chua

Stabiliti politik penting untuk kesinambungan pembangunan ekonomi – Tian Chua

Akar umbi yakin PKR terus perkukuh demokrasi, kepemimpinan parti

Akar umbi yakin PKR terus perkukuh demokrasi, kepemimpinan parti

AUKU langkah ke hadapan, kemenangan besar mahasiswa – Taufiq Johari

AUKU langkah ke hadapan, kemenangan besar mahasiswa – Taufiq Johari

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak