PN kian lemah hanya menanti untuk rebah

ALOR SETAR – Momentum kejayaan pada pilihan raya kecil (PRK) di Nenggiri, Kelantan dan Mahkota, Johor telah memberi sinar kepada Kerajaan Perpaduan untuk merampas kembali beberapa negeri yang tewas pada pilihan raya umum (PRU) lalu.

Kejayaan itu diibaratkan seperti sudah jatuh ditimpa tangga kepada Perikatan Nasional (PN) dan kini terkial-kial mencari punca kekalahan mereka pada dua pilihan raya itu.

Naib Presiden Amanah, Datuk Mahfuz Omar berkata, kejayaan itu menunjukkan rakyat sudah mula menunjuk isyarat bahawa mereka menolak sentimen 3R yang ditiupkan oleh PN pada dua pilihan raya lalu.

Katanya, empat negeri yang diperintah oleh PN hari ini sudah mulai gentar dengan dua kejayaan pilihan raya itu terutamanya di Nenggiri yang menjadi kubu kuat Pas selama ini.

“Sejak akhir-akhir ini saya mendapati pemimpin PN sudah mula kurang berbicara mengenai politik dalam negara. Saya merasakan mereka seolah-olah menghadapi krisis sesama mereka selepas tewas di dua pilihan raya itu.

“Jika perhati pada hari ini Tan Sri Annuar Musa dikatakan banyak memberi ucapannya mendahului dari pemimpin Pas lain.

“Saya dimaklumkan bahawa ada dalam kalangan pemimpin Pas hari ini kurang senang dengan sikapnya itu hingga dikatakan punca kekalahan di Nenggiri,” katanya.

Jelasnya lagi, pada hari ini situasi dalam Pas sendiri dikatakan sedang bergolak kerana ada beberapa tekanan dari muktamar yang dikatakan tidak berpuas hati kepada sesuatu pihak.

Ini terbukti apabila seorang perwakilan dari Perlis kurang puas hati hingga mengkritik kepimpinan hari ini.

“Ini jelas apabila ketegangan ini menyebabkan Presiden Pas terpaksa mengeluarkan fatwa supaya perwakilan tidak membuka aib pemimpin mereka. Ini adalah krisis pemimpin Pas yang tidak memahami kehendak ahli hingga mereka kurang berpuas hati.

“Apabila ini terjadi seolah-olah pemimpin atas Pas tidak boleh ditegur oleh ahli bawahan kerana gelagat pemimpin Pas hari ini yang keterlaluan dari peradaban,” katanya.

Mahfuz berkata, begitu juga dengan panglima perang PN hari ini dikatakan semakin kendur hingga terpaksa memohon maaf kepada Sultan Selangor secara terbuka.

Katanya lagi, pemimpin Pas hari ini nampaknya seperti mahu menyelamatkan diri mereka dari parti sehingga mereka bimbang akan hilang kelayakan.

“Sepatutnya panglima PN itu perlu memohon maaf ketika sebutan kes di awal dulu tetapi kerana bimbang kalah dan hilang jawatan beliau terpaksa memohon maaf kemudiannya.

“Keadaan ini menjadi kecelaruan dalam Pas telah menampakkan mereka semakin lemah dengan isu-isu yang dicipta sendiri hilang hala tuju mereka hari ini,” katanya.

Menurutnya lagi, pemimpin Bersatu pula sibuk turun naik mahkamah hingga ini memberi imej yang buruk dan secara tidak langsung menyerlahkan lagi kelemahan mereka pada hari ini.

“Akibatnya kesan daripada itu rakyat sudah mulai nampak gelombang hijau yang dibanggakan selama ini sudah mulai hilang dan ini pasti memberi impak kepada PRU16 nanti,” katanya.

Related Posts

BN tidak pernah berubah, kekal bersama Kerajaan Perpaduan hingga tamat penggal – Ahmad Zahid

GEORGE TOWN – Tiada sebarang usaha untuk menjatuhkan kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada Barisan Nasional (BN). Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang juga Timbalan Perdana Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
‘Kalau sudah pilih rumah sebelah, jangan pegang kunci rumah lama’ – Mahfuz

Naib Presiden AMANAH, Datuk Mahfuz Omar mempersoalkan kenyataan Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan yang menyatakan kesediaan untuk meletakkan jawatan jika diarahkan Perdana Menteri. Menurut Mahfuz, isu sebenar bukan tentang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Fahmi nafi Negeri Sembilan abai isu ceroboh tanah, tindakan sudah diambil

Fahmi nafi Negeri Sembilan abai isu ceroboh tanah, tindakan sudah diambil

Sepanyol kembali ke puncak ranking FIFA

Sepanyol kembali ke puncak ranking FIFA

RM6.75 juta dilabur bina tukun perkukuh rantaian makanan negara

RM6.75 juta dilabur bina tukun perkukuh rantaian makanan negara

Sisa kimia letupan ikan bom ancam kesihatan pengguna – Hanifah Hajar

Sisa kimia letupan ikan bom ancam kesihatan pengguna – Hanifah Hajar

AMK Miri edar bendera semarak semangat patriotik Hari Sarawak

AMK Miri edar bendera semarak semangat patriotik Hari Sarawak

Sarawak percepat ukur tanah NCR jamin hak milik rakyat

Sarawak percepat ukur tanah NCR jamin hak milik rakyat