Pasukan pengaman PBB di Lubnan diserang, dua cedera

BEIRUT – Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (Unifil) pada Khamis memaklumkan, sebuah kereta kebal Israel telah melepaskan tembakan ke arah menara pemerhati di ibu pejabatnya di Naqoura, selatan Lubnan, mencederakan dua anggota pengaman, lapor Anadolu.

“Pagi ini, dua pasukan pengaman cedera selepas kereta kebal Merkava Israel melepaskan tembakan tepat ke arah menara pemerhati di ibu pejabat Unifil di Naqoura sehingga menyebabkan ia musnah sepenuhnya” kata agensi PBB dalam satu kenyataan.

Selain itu, tentera IDF juga telah melepaskan tembakan ke arah sebuah penempatan Unifil di Labbouneh, mengenai pintu masuk ke bunker tempat anggota pengaman berlindung, serta merosakkan kenderaan dan sistem komunikasi.

Menurut Unifil, tentera IDF sengaja melepaskan tembakan dan merosakkan kamera pengawasan di sekitar lokasi itu pada Rabu.

IDF turut sengaja melepaskan tembakan ke arah pos pemerhati UN 1-32A di Ras al-Naqoura yang menjadi tempat mesyuarat tiga pihak sebelum konflik, sehingga merosakkan lampu dan stesen geganti.

“Kami mengingatkan IDF (tentera Israel) dan semua yang terlibat untuk memastikan keselamatan dan keamanan kakitangan serta hak milik dan premis PBB tidak dicabuli walau apa pun yang terjadi.

“Anggota pengaman Unifil hadir di selatan Lubnan untuk menyokong kembali kestabilan di bawah mandat Majlis Keselamatan.

“Sebarang serangan yang disengajakan ke atas pasukan pengaman adalah pelanggaran besar undang-undang kemanusiaan antarabangsa dan resolusi Majlis Keselamatan 1701,” kata Unifil.

Related Posts

Lebih 150 orang awam maut akibat operasi tentera AS di Yaman

WASHINGTON – Operasi ketenteraan Amerika Syarikat (AS) mengorbankan 153 orang awam dan mencederakan 243 yang lain sepanjang 2025, menurut seorang pegawai AS, yang memetik penilaian Pentagon. Jumlah itu meningkat ketara…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lebih 100,000 hektar hutan Indonesia terbakar, risiko jerebu rentas sempadan

JAKARTA – Lebih 107,000 hektar kawasan hutan dan tanah di seluruh Indonesia terjejas akibat kebakaran setakat Isnin, dengan kerajaan meningkatkan usaha bagi mengelakkan jerebu rentas sempadan menjejaskan negara jiran. Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

  • By Fandi
  • August 17, 2026
LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok