PM adakan pertemuan dua hala dengan rakan sejawat dari Timor Leste, Singapura

DATUK Seri Anwar Ibrahim, hari ini, mengadakan pertemuan dua hala dengan rakan sejawatnya masing-masing dari Timor Leste dan Singapura sempena Sidang Kemuncak Asean ke-44 dan ke-45 serta Sidang Kemuncak Berkaitan, di Vientiane, Laos.

Pada sebelah pagi, Anwar bertemu dengan Perdana Menteri Timor Leste, Xanana Gusmão selama kira-kira 15 minit di Pusat Konvensyen Kebangsaan (NCC).

Antara yang dibincangkan kedua-dua pemimpin, termasuk keanggotaan penuh Timor Leste dalam blok Asean, yang diyakini mampu memperluas dan mengembangkan sektor ekonomi serantau.

Timor-Leste masih menunggu keputusan konsensus negara Asean untuk diterima sebagai anggota penuh blok serantau itu.

Pertemuan dua hala bersama Perdana Menteri Singapura; Lawrence Wong pula berlangsung pada sebelah petang, selama kira-kira setengah jam di sebuah hotel.

Pemimpin berkenaan membincangkan isu berkaitan kerjasama antara Malaysia dan Singapura.

Related Posts

Program MADANI Kita jambatan penting kerajaan-rakyat – KP JKOM

KUANTAN – Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM) akan menggerakkan 17 siri Program MADANI Kita (PMK) di seluruh negara bagi merapatkan jurang komunikasi antara kerajaan dan rakyat di peringkat akar umbi. Menyifatkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jualan Rahmah MADANI rekod transaksi lebih RM350 juta

KUANTAN – Program Jualan Rahmah MADANI di seluruh negara dilaksanakan sebanyak 22,834 kali sehingga hujung Ogos lalu, dengan nilai jualan melebihi RM350 juta. Ia sekali gus memberi manfaat kepada rakyat…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PM Anwar selesai menghadap Tuanku Muhriz

PM Anwar selesai menghadap Tuanku Muhriz

Putra gesa polis siasat MB, Exco NS berhubung penyingkiran Tuanku Muhriz

Putra gesa polis siasat MB, Exco NS berhubung penyingkiran Tuanku Muhriz

Krisis Negeri Sembilan kian memuncak, Amanah cadang MB mohon bubar

Krisis Negeri Sembilan kian memuncak, Amanah cadang MB mohon bubar

Kemelut Negeri Sembilan: Raja perlu dihormati, semua tindakan mesti ikut aturan – Ibrahim Ali

Kemelut Negeri Sembilan: Raja perlu dihormati, semua tindakan mesti ikut aturan – Ibrahim Ali

Pendidikan, sosioekonomi nadi utama kelestarian komuniti Tellian

Pendidikan, sosioekonomi nadi utama kelestarian komuniti Tellian

Dari peluang kedua hingga teknologi pintar, dua graduan POLYCC buktikan kuasa TVET

Dari peluang kedua hingga teknologi pintar, dua graduan POLYCC buktikan kuasa TVET