Anak ambil makanan dalam kereta tapi terus hilang

SEORANG kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun dilaporkan hilang selepas turun mengambil makanan dari kereta yang diletak di bawah kediamannya, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, kejadian berlaku di sebuah flat di Bandar Bukit Tinggi 1, Klang dan pihaknya menerima laporan kejadian itu pada pukul 8.59 malam, semalam.

“Hasil siasatan awal mendapati kanak-kanak perempuan warga tempatan turun ke tempat parkir selepas disuruh ibunya untuk mengambil makanan dalam kereta sekitar jam 2.20 petang.

“Kanak-kanak tersebut turun seorang diri dan tidak kembali ke rumah. Pada jam 3 petang, ibu mangsa mencari kanak-kanak itu bagaimanapun tidak menemuinya.

“Ibu mangsa kemudian tampil membuat laporan dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan membuka satu kertas enkuiri polis orang hilang untuk siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Cha Hoong berkata, mangsa yang hilang dikenali Madrafataha Indal Bangsawan yang digambarkan sebagai berbadan kurus, berkulit cerah, rambut di paras bahu serta berketinggian 150 sentimeter.

Jelasnya, mangsa kali terakhir dilihat berpakaian baju t-shirt berwarna hijau dan berseluar ‘track’ hitam.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan diminta untuk menyalurkan terus kepada IPD Klang Selatan di talian 03-33762222 atau mana-mana balai polis berhampiran,” katanya.

Related Posts

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

KOTA KINABALU – Ketika kanak-kanak lain seusianya bebas bermain tanpa memikirkan apa-apa, satu kejadian ketika berusia empat tahun mengubah kehidupan Nurhadrieyana Paiman.‎‎Insiden tercucuk pensil menyebabkan penglihatan mata kirinya terjejas, sekali…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Hari Malaysia medan muhasabah nasional, bina masyarakat matang

KUCHING – Hari Malaysia perlu dijadikan medan muhasabah nasional untuk menilai sejauh mana negara berjaya membina masyarakat yang matang, berwibawa dan berjiwa besar dalam mendepani cabaran semasa. Yang di-Pertua Negeri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

Bil elektrik naik? TNB jelaskan mekanisme AFA dan faktor penggunaan

Bil elektrik naik? TNB jelaskan mekanisme AFA dan faktor penggunaan

Hari Malaysia medan muhasabah nasional, bina masyarakat matang

Hari Malaysia medan muhasabah nasional, bina masyarakat matang

Jika benar-benar kuat, UMNO perlu bertanding solo di Melaka – Tajuddin

Jika benar-benar kuat, UMNO perlu bertanding solo di Melaka – Tajuddin

Malaysia-Maldives perluas kerjasama pertahanan, hal ehwal Islam – PM

Malaysia-Maldives perluas kerjasama pertahanan, hal ehwal Islam – PM

Malaysia beri lampu hijau prinsip kemudahan AS$100 juta untuk Maldives – PM

Malaysia beri lampu hijau prinsip kemudahan AS$100 juta untuk Maldives – PM