Akidah, kesihatan kanak-kanak GISBH fokus utama Pasukan Khas Selangor

SELAIN pemulihan akidah, kanak-kanak yang dijumpai di rumah amal GISB Holdings (GISBH) akan dibantu dalam aspek kebajikan dan kesihatan oleh pasukan khas yang ditubuhkan Kerajaan Negeri Selangor.

Pasukan Khas yang ditubuhkan pada 2 Oktober itu diterajui oleh Exco Agama Islam, Dr Fahmi Ngah dan Exco Kebajikan Masyarakat, Anfaal Saari.

“Pasukan ini akan menumpukan kaedah pemulihan, bukan sahaja isu akidah tetapi juga kebajikan, kesihatan dan perkembangan mental-fizikal untuk memastikan kanak-kanak ini dapat dipulihkan.

“(Selain itu) diintegrasikan semula dalam masyarakat walaupun selepas tempoh pemulihan rasmi selama enam bulan ini,” menurut kenyataan bersama Dr Fahmi dan Anfaal hari ini.

Semalam, Mais dalam kenyataan memaklumkan bersedia membantu pemulihan akidah bekas ahli GISBH di semua institusinya, sama ada kemasukan sukarela atau perintah mahkamah.

Pengerusinya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata usaha bersama pelbagai agensi dibuat secara menyeluruh merangkumi pelbagai peringkat umur bagi jangka pendek dan panjang.

Related Posts

Pucuk pimpinan yang tegas lagi teguh diperlukan untuk perangi rasuah – Ayob Khan

USAHA memerangi rasuah dan memperkasakan integriti secara menyeluruh memerlukan kehendak politik yang teguh bermula daripada peringkat pucuk pimpinan tertinggi. Menurut bekas Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ayob Khan Mydin…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pengeluaran jagung bijian tempatan mampu bantu stabilkan harga ayam, telur

SEPANG – Harga produk asas seperti ayam dan telur dijangka mampu stabil apabila pengeluaran jagung bijian tempatan secara berskala besar dilaksanakan. Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Belanjawan 2027 fokus tingkat pendapatan, peluang pekerjaan berkualiti

Belanjawan 2027 fokus tingkat pendapatan, peluang pekerjaan berkualiti

Dasar tidak popular perlu dilaksana demi kepentingan jangka panjang – Amir Hamzah

Dasar tidak popular perlu dilaksana demi kepentingan jangka panjang – Amir Hamzah

FELDA Jengka 24 sasarkan pemasangan 10,000 Jalur Gemilang

FELDA Jengka 24 sasarkan pemasangan 10,000 Jalur Gemilang

TH sambut baik pindaan Akta Tabung Haji, perkukuh tatakelola institusi

TH sambut baik pindaan Akta Tabung Haji, perkukuh tatakelola institusi

Pucuk pimpinan yang tegas lagi teguh diperlukan untuk perangi rasuah – Ayob Khan

Pucuk pimpinan yang tegas lagi teguh diperlukan untuk perangi rasuah – Ayob Khan

Sarawak lancar Sovereign AI, perkukuh keselamatan data strategik kerajaan

Sarawak lancar Sovereign AI, perkukuh keselamatan data strategik kerajaan