Pemidato SM ST. Micheal johan Pidato Perhutanan

KOTA KINABALU – Pemidato Sekolah Menengah (SM) ST. Michael Kota Kinabalu, Shane Ashton Eddie dinobatkan sebagai johan pertandingan Pidato Perhutanan Peringkat Sabah 2024.

Dia berjaya membawa hadiah wang tunai RM1000 manakala Hannyss Maisarah Idayu Hussne dari SMJK Tiong Hua, Sandakan merangkul gelaran naib johan dengan kemenangan wang tunai RM600 juga, masing-masing menerima trofi dan sijil.

Bagi tempat ketiga pula dimenangi pemidato SMK Arshad, Kota Belud, Raziq Ridwan yang sekali gus membawa pulang wang tunai RM400, trofi dan sijil.

Sebanyak lima wilayah menyertai pertandingan tersebut iaitu Kota Kinabalu, Sandakan, Kudat, Keningau dan Tawau.

Sementara itu, johan bagi Pertandingan Kuiz Perhutanan, dimenangi Olivia Chai Jia, Ana Nurin Nadzirah dan Siti Aishya Arnaib dari SMK Kunak yang menerima hadiah wang tunai sejumlah RM1800, sijil dan trofi.

Manakala SM ST. Michael, Kota Kinabalu pula mendapat tempat naib johan dibarisi Aleysha Aleeya Lahid, Desmond Cristiano Felix dan Sebastian Lee Hau Chong.

Mereka menerima wang tunai berjumlah RM1500, sijil termasuk trofi dan tempat ketiga dimenangi dari SMK Pinggan-Pinggan, Pitas diwakili Nur Syafiqah Aleesya Mohd Suno, Airelav Amir dan Nur Aqilah Kaisah Aima juga menerima wang tunai RM 1200, sijil dan trofi.

Bagi pertandingan kuiz perhutanan juga disertai lima wilayah yang sama termasuk dari Jabatan Arkib Negeri Sabah, Dewan Bahasa dan Pustaka serta Fakulti Perhutanan Tropika, Universiti Malaysia Sabah.

Ketua Konservator Hutan, Datuk Frederick Kugan hadir menyempurnakan majlis perasmian pertandingan yang berlangsung di Sabah International Convention Centre (SICC) di sini pada Jumaat.

Menurut kenyataan media Jabatan Perhutanan Sabah, pertandingan tersebut merupakan antara satu aktiviti Program Komunikasi, Pendidikan dan Kesedaran Awam (CEPA) Kempen Penanaman 100 juta Pokok bagi 2021 hingga 2025 Peringkat Negeri Sabah.

“Objektif pertandingan untuk menyampaikan mesej dan memperluaskan rangkaian maklumat kepada masyarakat khususnya pelajar-pelajar sekolah tentang kepentingan menjaga hutan kita.

“Antara objektif lain ialah membudayakan pemikiran kritis dan rasional di kalangan para pelajar dan masyarakat pendidik apabila berdepan dengan isu-isu semasa hutan dan perhutanan.

“Program ini juga termasuk di dalam Inisiatif Sabah Maju Jaya Jabatan Perhutanan Sabah sebagai medium menyampaikan maklumat tepat pengurusan hutan negeri untuk menangani persepsi negatif masyarakat terhadap pengawalan jenayah perhutanan di Negeri Sabah,” kata kenyataan itu.

Related Posts

CUEPACS Sarawak sokong langkah KPDN batal had jualan diesel demi kesejahteraan guru

KUCHING – Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) Sarawak menyambut baik keputusan membatalkan arahan kawalan jualan diesel ke atas kenderaan pengangkutan darat di negeri ini.   Pengerusinya yang juga…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerjasama MITA perkukuh potensi Miri sebagai hab edupelancongan

MIRI – Potensi Miri sebagai destinasi edupelancongan bakal diperkukuh menerusi kerjasama strategik bersama Malaysian Inbound Tourism Association (MITA) membabitkan pembangunan pakej pendidikan antara Miri, Bintulu dan Brunei. Timbalan Menteri Pelancongan,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

CUEPACS Sarawak sokong langkah KPDN batal had jualan diesel demi kesejahteraan guru

CUEPACS Sarawak sokong langkah KPDN batal had jualan diesel demi kesejahteraan guru

Kerjasama MITA perkukuh potensi Miri sebagai hab edupelancongan

Kerjasama MITA perkukuh potensi Miri sebagai hab edupelancongan

Tiga tekad jadi panduan Rozy bawa perubahan di Buloh Kasap

Tiga tekad jadi panduan Rozy bawa perubahan di Buloh Kasap

Gagal kemuka dokumen pelepasan, kapal tunda ditahan di Perairan Miri

Gagal kemuka dokumen pelepasan, kapal tunda ditahan di Perairan Miri

Maxim Malaysia jayakan Silent Run 5.0 bina jambatan perpaduan komuniti

Maxim Malaysia jayakan Silent Run 5.0 bina jambatan perpaduan komuniti

PDRM Sarawak, PPDB perkasa kerjasama berkas penjenayah rentas sempadan

PDRM Sarawak, PPDB perkasa kerjasama berkas penjenayah rentas sempadan