Dua lelaki cedera, lori terbabas sendiri

PAPAR – Dua lelaki cedera selepas lori yang dinaiki terbabas sendiri di Jalan Pan Borneo, Taman Wajar Kinarut, Papar di sini pada Khamis.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Papar, Rozlan Osman berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan (MERS999) berhubung kejadian itu pada pukul 11.24 malam.

“Seramai empat anggota BBP Papar dibantu tujuh anggota BBP Putatan bersama dua jentera digerakkan ke lokasi kejadian bagi menjalankan operasi menyelamat.

“Sebaik tiba pada pukul 11.52 malam dalam jarak 20 kilometer ke tempat kejadian, pasukan bomba mendapati kemalangan membabitkan sebuah lori yang dipercayai terbabas sendiri ke bahu jalan,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Menurutnya, terdapat dua mangsa lelaki dikenal pasti, Diddie Shalffian Gaffry, 29, dan Adrian Adnan, 27, dilaporkan cedera ringan namun berjaya dikeluarkan daripada lori berkenaan oleh orang awam sebelum ketibaan bomba.

“Kedua-dua mangsa terbabit diberikan rawatan awal oleh Pegawai Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan seterusnya dihantar ke hospital.

“Pasukan bomba menjalankan pemeriksaan akhir di lokasi kejadian dan setelah memastikan tiada lagi bahaya, operasi ditamatkan pada pukul 12 tengah malam,” katanya.

Related Posts

Tarikh penting PRN Melaka diumum hari ini

MELAKA – Selepas hampir dua minggu Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka dibubarkan, tumpuan kini terarah kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang dijadual mengadakan mesyuarat khas hari ini bagi menentukan tarikh…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Bomba Zon 5, APM Lahad Datu, pantau kawasan susulan gempa bumi

LAHAD DATU – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menjalankan rondaan dan pemantauan susulan kejadian gempa bumi magnitud 5.0 di perairan Sandakan yang turut dirasai di beberapa kawasan Pantai Timur…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pemulangan pelarian Myanmar, Malaysia perlu seimbang kedaulatan, kemanusiaan – Pakar

Pemulangan pelarian Myanmar, Malaysia perlu seimbang kedaulatan, kemanusiaan – Pakar

Tarikh penting PRN Melaka diumum hari ini

Tarikh penting PRN Melaka diumum hari ini

Jet dikaitkan seludup 521kg methamphetamine dipercayai ambil dadah di Laos

Jet dikaitkan seludup 521kg methamphetamine dipercayai ambil dadah di Laos

Kane sumbat 2 gol, England kalahkan Republik Czech 3-0

Kane sumbat 2 gol, England kalahkan Republik Czech 3-0

Bomba Zon 5, APM Lahad Datu, pantau kawasan susulan gempa bumi

  • By Fatin
  • October 7, 2026
Bomba Zon 5, APM Lahad Datu, pantau kawasan susulan gempa bumi

Tidak perlu lagi banyak aplikasi, MyGOV himpunkan perkhidmatan kerajaan

Tidak perlu lagi banyak aplikasi, MyGOV himpunkan perkhidmatan kerajaan