Bantuan kecemasan RM1,000 kepada keluarga terjejas banjir di Selangor

KERAJAAN Selangor menyalurkan bantuan kecemasan RM1,000 kepada keluarga terjejas banjir dan berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) seluruh negeri itu.

Exco Pengurusan Bencana Najwan Halimi berkata, bantuan diselaraskan Pejabat Daerah dan Tanah Petaling untuk meringankan beban mereka yang berdepan bencana itu.

“Di Selangor, kita ada menyediakan bantuan khusus kepada mereka yang terjejas banjir, cuma mereka perlu daftar di PPS bagi memudahkan proses pengagihan,” katanya ketika ditemui media selepas meninjau PPS Dewan MBSA Seri Pagi, Paya Jaras, hari ini.

Mengulas lanjut Najwan berkata, keadaan banjir kilat di sekitar kawasan itu menyebabkan tiga PPS dibuka sejak Rabu.

Jelasnya, dua lagi lokasi ialah Dewan Kenanga Pejabat Tanah Daerah Petaling yang menempatkan 265 mangsa daripada 64 keluarga, manakala Dewan MBSA Matahari meliputi 48 mangsa daripada 14 keluarga.

PPS di Dewan MBSA Seri Pagi Shah Alam ditutup tengah hari tadi selepas kesemua 101 mangsa daripada 26 keluarga dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

Dilaporkan, 1,968 mangsa melibatkan 480 keluarga dipindahkan ke enam PPS berikutan banjir di Petaling, Gombak dan Kuala Selangor pada malam tadi.

Terdahulu, Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari meminta semua pihak bersiap siaga dengan sebarang kemungkinan banjir berikutan Selangor ketika ini mengalami fasa peralihan Monsun Timur Laut.

Related Posts

Hari Malaysia wajar disambut bergilir, ketengahkan sejarah MA63 – TYT Sarawak

KUCHING – Sambutan Hari Malaysia Peringkat Kebangsaan pada masa hadapan disaran agar diraikan secara bergilir-gilir di setiap negeri di seluruh negara bagi memupuk semangat perpaduan nasional yang lebih utuh. Yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sarawak pacu ekonomi hijau, sasar wilayah berpendapatan tinggi menjelang 2030

KUCHING – Sarawak di bawah kepemimpinan Gabungan Parti Sarawak (GPS) terus membuktikan komitmen menerusi pendekatan “cakap serupa bikin” dalam merancakkan pembangunan negeri berlandaskan Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.  Premier…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Hari Malaysia wajar disambut bergilir, ketengahkan sejarah MA63 – TYT Sarawak

Hari Malaysia wajar disambut bergilir, ketengahkan sejarah MA63 – TYT Sarawak

Semenanjung boleh teladani keharmonian kepimpinan Sabah, Sarawak – PMX

Semenanjung boleh teladani keharmonian kepimpinan Sabah, Sarawak – PMX

Sarawak pacu ekonomi hijau, sasar wilayah berpendapatan tinggi menjelang 2030

Sarawak pacu ekonomi hijau, sasar wilayah berpendapatan tinggi menjelang 2030

UMNO perlu tampil jelaskan kemelut Negeri Sembilan yang memalukan – Puad Zarkashi

UMNO perlu tampil jelaskan kemelut Negeri Sembilan yang memalukan – Puad Zarkashi

Penambahbaikan BUDI Diesel signifikan kepada rakyat Sabah, Sarawak

  • By Ithma
  • September 17, 2026
Penambahbaikan BUDI Diesel signifikan kepada rakyat Sabah, Sarawak

Aminuddin persoal kuasa EXCO tentukan kedudukan Tuanku Muhriz

Aminuddin persoal kuasa EXCO tentukan kedudukan Tuanku Muhriz