Anwar tiba untuk lawatan rasmi di Bangladesh

PUTRAJAYA – Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Dhaka, hari ini untuk lawatan rasmi bagi membuka laluan kepada hubungan lebih erat antara Malaysia dan Bangladesh.

Pesawat membawa Perdana Menteri mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Hazrat Shahjalal pada jam 2 petang waktu tempatan (4 petang waktu Malaysia).

Ketua Penasihat Kerajaan Sementara Bangladesh, Dr Muhammad Yunus, berada di lapangan terbang bagi menyambut ketibaan Perdana Menteri, bersama Penasihat Bangladesh dan pegawai kanan kerajaan Bangladesh serta Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Bangladesh, Haznah Md Hashim.

Anwar diberi sambutan permaidani merah termasuk tembakan meriam 19 kali dan kawalan kehormat oleh anggota Angkatan Tentera Bangladesh.

Lawatan ini yang dilakukan selepas lawatan negara Anwar selama tiga hari ke Pakistan, akan menyaksikan Perdana Menteri mengadakan mesyuarat dua hala dengan pemenang hadiah Nobel, Muhammad Yunus.

Ia bertujuan berbincang dan mengukuhkan hubungan diplomatik antara Malaysia dan Bangladesh, di samoping mengeratkan hubungan persahabatan antara kedua-dua negara.

Anwar juga dijangka mengadakan kunjungan hormat ke atas Presiden Mohammed Shahabuddin sebelum berlepas ke Kuala Lumpur hari ini.

Terdahulu, Haznah dalam sidang media berkata, ini adalah lawatan pertama oleh ketua kerajaan asing sejak pembentukan kerajaan interim diketuai Muhammad Yunus.

“Lawatan ini mengimbau sejarah eratnya hubungan antara kedua-dua negara kerana Malaysia adalah negara Islam pertama yang mengiktiraf kemerdekaan Bangladesh pada 31 Januari 1972,” katanya.

Pada lawatan ini, Anwar diiringi oleh Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hassan; Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz; Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibollah dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan.

Pada 2023, Bangladesh adalah rakan dagangan ke-27 terbesar Malaysia, destinasi eksport ke-19 terbesar dan sumber import ke-47 terbesar, menjadikannya rakan dagangan kedua terbesar Malaysia dalam kalangan negara Asia Selatan.

Tahun lalu menyaksikan jumlah dagangan antara Malaysia dan Bangladesh mencecah RM12.7 bilion (AS$2.78 bilion).

Related Posts

‘Uniform Sekolah MADANI’ solusi ibu bapa tangani kos pakaian sekolah

PUTRAJAYA – Keperluan untuk kerajaan mengesyorkan pengilang pakaian sekolah menghasilkan jenama khas ‘Uniform Sekolah MADANI’ yang ditawarkan pada harga mampu milik bagi membantu mengurangkan beban kewangan ibu bapa setiap kali…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Myanmar setuju bawa pulang 5,000 pelarian dari Malaysia

PUTRAJAYA – Myanmar bersetuju membawa pulang 5,000 pelariannya dari Malaysia menggunakan kapal, kata Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan. Beliau berkata perkara itu dimaklumkan kepadanya oleh rakan sejawatnya dari Myanmar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anwar saman Tuan Ibrahim berhubung dakwaan kenyataan fitnah

Anwar saman Tuan Ibrahim berhubung dakwaan kenyataan fitnah

Rozabil balas sindiran bekas MB, ungkit Pas tinggalkan MN

Rozabil balas sindiran bekas MB, ungkit Pas tinggalkan MN

Anwar selamat menjalani pembedahan hernia, kini dalam proses pemulihan

Anwar selamat menjalani pembedahan hernia, kini dalam proses pemulihan

PN cadang sidang khas RCI Tabung Haji ditangguh susulan kesihatan PM

PN cadang sidang khas RCI Tabung Haji ditangguh susulan kesihatan PM

Bulan dan bintang hilang: Ke mana perginya para ‘Hero Malaya’?

Bulan dan bintang hilang: Ke mana perginya para ‘Hero Malaya’?

Pas fikir perpaduan, dia nampak setakat ibu jari kaki – Bekas MB Perlis

Pas fikir perpaduan, dia nampak setakat ibu jari kaki – Bekas MB Perlis