Kecemerlangan PMX, Kerajaan Perpaduan mimpi ngeri pembangkang

SATU persatu kerja keras Kerajaan Perpaduan yang diterajui Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mula menampakkan hasil dan meraih keyakinan rakyat.

Bukan sahaja kecemerlangan dalam memacu ekonomi negara, kestabilan politik antara gabungan parti dalam Kerajaan Perpaduan terus mengukuh dalam suasana yang harmoni.

Senario ini pastinya menjadi mimpi ngeri pembangkang yang sedaya mampu sentiasa mengharapkan segala tindakan dan usaha Kerajaan Perpaduan menjadi impak negatif sekali gus dibenci rakyat.

Perkara ini diakui oleh penganalisis politik Datuk Dr Azhar Ahmad yang berkata, kejayaan calon Kerajaan Perpaduan Syed Hussien Syed Abdullah meraih majoriti besar pada Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Mahkota merupakan indikator bahawa rakyat semakin tertawan dengan corak pemerintahan Perdana Menteri.

“Isu-isu yang dimainkan pembangkang khususnya oleh Pas dan Bersatu sudah menjadi lapuk seperti barang tidak laku kerana rakyat pada hari ini rata-rata lebih suka kepada politik harmoni, hidup perpaduan dan pembangunan untuk negara.

“Rakyat menolak politik huru-hara, yang tidak selesa memecah belahkan perpaduan rakyat Malaysia. Keputusan di Mahkota menunjukkan rakyat menerima segala usaha yang dilaksanakan kerajaan ketika ini.

“Jadi apa yang dilakukan oleh Perdana Menteri adalah tepat dan masa telah sampai untuk terus membawa Malaysia ke era yang baru memperkukuhkan ekonomi setelah memiliki kestabilan politik yang akhirnya memudahkan tugas beliau membela nasib rakyat dan negara,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Dr Azhar yang juga Ahli Dewan Negara berkata, momentum kecemerlangan Kerajaan Perpaduan sewajarnya diteruskan sehingga Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) yang pastinya tidak digemari oleh pembangkang.

“Berkat kesabaran dan usaha keras Perdana Menteri dan jemaah menteri kita, kini ekonomi negara kembali ke landasan yang betul, nilai Ringgit mengukuh hampir 4.00 berbanding dollar, pelabur mula masuk dan percaya, kadar inflasi rendah dan peluang pekerjaan semakin banyak.

“Kebajikan rakyat terus dibela, miskin tegar dibasmi, kakitangan awam dihargai dengan skim gaji baru dan banyak lagi usaha-usaha Datuk Seri Anwar Ibrahim yang semakin menambat hati rakyat.

“Ini semua menjadi mimpi ngeri pembangkang, mereka tidak suka semua ini, nama pun pembangkang dan mereka akan cari jalan untuk sentiasa memburukkan kerajaan di mata rakyat sebagai modal politik PRU16.

“Momentum sudah ada, kerajaan ini dalam ‘on track’, saya percaya banyak lagi kemanisan yang akan dibawa Perdana Menteri untuk rakyat dan negara,” katanya.

Justeru itu, Dr Azhar juga menegaskan, kerjasama erat antara BN dan PH serta parti-parti lain dalam Kerajaan Perpaduan patut dipertahankan dan diteruskan pada PRU16.

“Saya nak menasihatkan masing-masing kena jaga hati, jaga sensitiviti sesama sendiri. Jika ada perkara yang tak puas hati boleh bawa bincang dulu, jangan cepat keluar secara terbuka.

“Lagi satu, kita kena sentiasa ‘alert’ untuk jangan masuk campur dalam bukan urusan kita, orang Cina jangan masuk campur hal ehwal orang Melayu dan Islam dan begitulah juga untuk kaum-kaum lain.

“Jambatan yang ada usah dibakar dengan api kebencian yang kita cipta, sepatutnya kita jaga, perluaskan lagi, kita eratkan lagi gabungan parti dalam kerajaan perpaduan ini,” katanya.

Related Posts

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

KOTA KINABALU – Ketika kanak-kanak lain seusianya bebas bermain tanpa memikirkan apa-apa, satu kejadian ketika berusia empat tahun mengubah kehidupan Nurhadrieyana Paiman.‎‎Insiden tercucuk pensil menyebabkan penglihatan mata kirinya terjejas, sekali…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Bil elektrik naik? TNB jelaskan mekanisme AFA dan faktor penggunaan

KUALA LUMPUR – Tenaga Nasional Berhad (TNB) menjelaskan mekanisme Pelarasan Kos Bahan Api Secara Automatik (AFA) bukan caj tambahan baharu atau sumber keuntungan syarikat, sebaliknya mekanisme dua hala bagi melaraskan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

Bil elektrik naik? TNB jelaskan mekanisme AFA dan faktor penggunaan

Bil elektrik naik? TNB jelaskan mekanisme AFA dan faktor penggunaan

Hari Malaysia medan muhasabah nasional, bina masyarakat matang

Hari Malaysia medan muhasabah nasional, bina masyarakat matang

Jika benar-benar kuat, UMNO perlu bertanding solo di Melaka – Tajuddin

Jika benar-benar kuat, UMNO perlu bertanding solo di Melaka – Tajuddin

Malaysia-Maldives perluas kerjasama pertahanan, hal ehwal Islam – PM

Malaysia-Maldives perluas kerjasama pertahanan, hal ehwal Islam – PM

Malaysia beri lampu hijau prinsip kemudahan AS$100 juta untuk Maldives – PM

Malaysia beri lampu hijau prinsip kemudahan AS$100 juta untuk Maldives – PM