Sabah nyata hasrat, tuntutan satu pertiga kerusi Parlimen

KOTA KINABALU – Kerajaan Sabah sudah menyatakan hasrat dan kemahuan mengenai kuota 35 peratus atau tuntutan satu pertiga daripada keseluruhan jumlah kerusi Parlimen bagi Sabah ini kepada Kerajaan Persekutuan.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, perkara itu telah dimaklumkan kepada Perdana Menteri dalam Mesyuarat Perjanjian Malaysia (MA63) pada 12 September yang lalu.

“Kita sudah bincang dengan kerajaan negeri Sarawak, dua kali di peringkat pegawai untuk kita meminta sekurang-kurangnya satu pertiga kerusi Parlimen.

“Kerana ini adalah termaktub di dalam perjanjian MA63 apabila kita menubuhkan kerajaan ataupun negara Malaysia,” katanya ketika ditemui media selepas Majlis Lafaz Ikrar dan Aku Janji Pelajar Baharu Sempena Minggu Suai Mesra Sesi 2024/2025 Kali ke-30 di Universiti Malaysia Sabah, pada Selasa.

Katanya lagi, permohonan tuntutan jumlah kerusi itu adalah bagi memenuhi satu pertiga.

“Ya, ada pertambahan. Berapa? Janganlah sekarang kita bagitahu,” katanya.

Tambah beliau, perkara ini perlu dilihat dari segi keadaan kawasan, kependudukannya dan luasnya untuk Sabah.

“Memang kita perlu, tetapi untuk menjadikan satu kerusi Parlimen itu, bilangan pengundi atau penduduk mesti juga diambil kira.

“Takkan satu Parlimen pengundinya 20,000 sahaja, ini sebagai contoh.

“Kita akan terus meminta dan berbincang dengan Kerajaan Persekutuan mengenai perkara ini,” katanya.

Jelas Hajiji, tuntutan ini adalah untuk menyeimbangkan apabila membuat sesuatu, memperkenalkan satu Perlembagaan di dalam Parlimen untuk memastikan kepentingan wilayah Sabah dan Sarawak itu juga diambil kira.

Untuk rekod, Sarawak dan Sabah ketika ini mempunyai 56 kerusi Parlimen, masing-masing 31 dan 25 atau mewakili 25 peratus daripada keseluruhan 222 kerusi di Dewan Rakyat, berbanding 74 kerusi jika mengambil kira satu pertiga seperti dijanjikan melalui Perjanjian Malaysia (MA63).

Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai hal pemberian subsidi pendidikan kepada golongan kaya, katanya kerajaan bukan menidakkan peluang bagi mereka yang kaya dan yang berkemampuan.

“Tetapi keutamaan itu mesti diberi kepada mereka yang amat memerlukan yang kurang berkemampuan.

“Kita akan bantu mereka yang amat memerlukan, terutama mereka yang kurang berkemampuan.

“Jadi itu menjadi satu keutamaan kepada kerajaan,” katanya.

Related Posts

Cukup berkompromi, kini masa pacu reformasi – AMK

AYER KEROH – Hentikan pendekatan berkompromi dengan bekas musuh politik atas alasan kestabilan, sebaliknya tumpukan pelaksanaan agenda reformasi yang masih dituntut rakyat, ujar Angkatan Muda Keadilan (AMK). Naib Ketua AMK,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Prestasi luar jangka KDNK 6.0 peratus bukti reformasi ekonomi berkesan

PUTRAJAYA – Prestasi luar jangka keluaran dalam negeri kasar (KDNK) sebanyak 6.0 peratus pada suku kedua tahun 2026 (S2 2026) mempamerkan reformasi kerajaan di bawah kerangka Ekonomi MADANI telah membantu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Cukup berkompromi, kini masa pacu reformasi – AMK

Cukup berkompromi, kini masa pacu reformasi – AMK

Pemandu, penumpang rentung kemalangan kereta, lori tangki

Pemandu, penumpang rentung kemalangan kereta, lori tangki

Prestasi luar jangka KDNK 6.0 peratus bukti reformasi ekonomi berkesan

Prestasi luar jangka KDNK 6.0 peratus bukti reformasi ekonomi berkesan

Teliti bantuan khas, skim sokongan guru luar bandar dan pulau

  • By Fatin
  • August 14, 2026
Teliti bantuan khas, skim sokongan guru luar bandar dan pulau

300 pelajar Pahang ke luar negara terima RM1,000

300 pelajar Pahang ke luar negara terima RM1,000

RCI Tabung Haji: Segerakan pendakwaan jika bukti cukup – Haniff

RCI Tabung Haji: Segerakan pendakwaan jika bukti cukup – Haniff