Jualan Kasih KEDA Madani tawar 53 barangan, diskaun cecah 30 peratus

SIK – Sebanyak 53 barangan ditawarkan pada harga diskaun sehingga 30 peratus menyebabkan Jualan Kasih Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) Madani di Sik diserbu kira-kira 2,000 pengunjung dalam masa tiga jam.

Pengurus Besar KEDA, Ismasuhaimi Shariff berkata, antara yang mendapat perhatian termasuk jualan beras putih tempatan dijual pada harga RM18.20 berbanding harga pasaran RM26 sekampit dan beras super import lima kilogram dijual pada harga RM14 berbanding RM20 harga pasaran.

Menurutnya, daging segar dijual pada harga RM26 sekilogram berbanding RM38 kilogram harga pasaran manakala jualan ‘happy hour’ membabitkan pakej tiga barangan iaitu minyak masak sepeket, ayam segar seekor dan gula pasir sepeket dijual pada harga RM10 juga mendapatkan sambutan memberangsangkan.

“Jualan Kasih KEDA Madani dilakukan dengan kerjasama Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Negeri Kedah berlangsung di Pejabat KEDA Zon 4, Sik bertujuan membantu rakyat yang terkesan akibat keadaan ekonomi tidak menentu pada masa ini,” katanya ketika selesai pelancaran.

Seorang suri rumah, Aminah Mehad, 49, dari Sik berkata, hadir setengah jam lebih awal sebelum jualan bermula 9 pagi kerana tidak mahu terlepas membeli barang keperluan yang dijual pada harga murah.

“Alhamdulillah hari ni saya dapat membeli beras, ayam, minyak masak dan sepapan telur dengan harga murah, sangat berbaloi kerana murah berbanding harga pasaran sekarang.

“Saya harap KEDA dapat anjurkan lagi jualan seperti ini di Sik bagi membantu golongan yang memerlukan,” katanya.

Selain itu, pesakit strok, Che Embun Musa, 75, dari Kuala Ketil berkata, hadir bersama anak untuk melihat jualan yang dikatakan murah diketahui melalui iklan di radio.

“Mai sini mula-mula sebab nak tengok ja, bila tengok, semua nak beli, sebab murah,” katanya.

Sementara itu, Daud Md Amin, 67, berkata, dia terus datang setelah dimaklumkan jiran yang selesai membeli sekitar jam 10 pagi.

“Saya sempat membeli dua kampit beras lima kilogram masa ‘happy hour’, serta beberapa barangan lain termasuklah pisang berangan pada harga RM4 sesikat.

“Jualan daging juga murah, RM26 sekilogram… saya harap akan ada lagi program jualan seperti ini kelak,” katanya.

Related Posts

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

KOTA KINABALU – Kerajaan Persekutuan meluluskan RM1.57 bilion bagi memperkukuh pembangunan sektor kesihatan Sabah menerusi Rolling Plan 1 (RP1) Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi 2026. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

KUANTAN – Polis Pahang mengesahkan satu kejadian rompakan berlaku di sebuah kedai emas dalam pusat beli-belah di Genting Highlands dekat Bentong hari ini. Pemangku Ketua Polis Pahang Datuk Azry Akmar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

  • By Fandi
  • August 17, 2026
LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok