Ibu bapa dinasihat cakna, awasi pergerakan, gajet anak

TAWAU – Ibu bapa dan penjaga dinasihat agar cakna serta sentiasa memantau pergerakan dan penggunaan gajet anak-anak bagi mengelak mereka terjebak dengan gejala sosial.

Timbalan Ketua Polis Daerah Tawau, Superintenden Champin Piuh berkata, perkara itu penting bagi memastikan kanak-kanak khususnya di bawah umur sentiasa selamat dan terhindar kes rogol.

“Awasi anak-anak dan perilaku mereka agar mereka tidak keluar pada waktu malam atau selepas Maghrib, bagi memastikan kejadian tidak diingini seperti ini (rogol) berlaku.

“Ibu bapa juga perlu memeriksa gajet anak-anak supaya mereka tidak melayari portal-portal yang boleh mempengaruhi anak-anak mengerti suatu tak elok,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Isnin bagi mengulas penahanan tiga kanak-kanak lelaki bukan warganegara berumur 12 hingga 14 tahun dipercayai merogol kanak-kanak perempuan, 12, di sebuah kampung di daerah Tawau pada Khamis lepas.

Menurut Champin, tangkapan dibuat susulan laporan polis dibuat ibu angkat mangsa kira-kira pukul 5 petang, pada Jumaat.

“Siasatan awal mendapati, pada 26 September pukul 9 malam, mangsa dirogol oleh tiga suspek dikenali dan di kawasan belakang rumah di kawasan kampung.

“Mangsa telah membuat pemeriksaan kesihatan dan kini sedang dalam rawatan,” katanya.

Jelas Champin, ketiga-tiga suspek itu kini direman sehingga 3 Oktober untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 375B Kanun Keseksaan, Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

Related Posts

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

KOTA KINABALU – Kerajaan Persekutuan meluluskan RM1.57 bilion bagi memperkukuh pembangunan sektor kesihatan Sabah menerusi Rolling Plan 1 (RP1) Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi 2026. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

KUANTAN – Polis Pahang mengesahkan satu kejadian rompakan berlaku di sebuah kedai emas dalam pusat beli-belah di Genting Highlands dekat Bentong hari ini. Pemangku Ketua Polis Pahang Datuk Azry Akmar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

  • By Fandi
  • August 17, 2026
LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok