Suami wanita warga emas maut lepas kereta terbabas, meninggal dunia

KUANTAN – Polis mengesahkan suami kepada wanita warga emas yang maut selepas kereta dinaiki mereka terbabas ke dalam sungai di Jambatan Balok Makmur, Seberang Balok, dekat sini, pagi tadi, turut meninggal dunia.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu, berkata mangsa, Abd Aziz Ahmad dari Taman Inderapura, Jerantut meninggal dunia di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) jam 2.24 petang.

“Ya, mangsa meninggal dunia di HTAA ketika menerima rawatan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Terdahulu, isteri Abd Aziz, Paridah Dollah, 67, yang memandu kereta Proton Saga meninggal dunia di lokasi dalam kejadian kira-kira jam 10.30 pagi itu.

Siasatan awal mendapati kereta Proton Saga dinaiki pasangan itu dari arah Balok Makmur menuju Seberang Balok, sebelum tiba-tiba terbabas masuk ke dalam sungai.

Paridah meninggal dunia di tempat kejadian, manakala Abd Aziz dibawa ke HTAA untuk menerima rawatan lanjut kerana sesak nafas.

Bagaimanapun, Abd Aziz meninggal dunia di hospital ketika menerima rawatan.

BERITA BERKAITAN

https://themalaysiapress.com/isteri-maut-suami-sesak-nafas-kereta-terbabas-masuk-sungai/

Related Posts

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

MIRI – Kesemua lima mangsa yang menaiki sebuah helikopter sewa khas bagi Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) disahkan maut selepas pesawat berkenaan terhempas di hujung landasan STOLport Long Lellang pada petang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

KUALA PERLIS – Lapan pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar ditinggalkan di dalam sebuah sampan selepas dua lelaki dipercayai tekong dan awak-awak terjun ke kawasan berlumpur sebelum melarikan diri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

Abdul Azeez didakwa di Mahkamah Sesyen esok

Abdul Azeez didakwa di Mahkamah Sesyen esok

Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

Ismail nafi Zahid usaha jatuhkan Tuanku Muhriz

Ismail nafi Zahid usaha jatuhkan Tuanku Muhriz

Geng Man Kuda tumpas, 14 kes samun dan curi kenderaan terbongkar

Geng Man Kuda tumpas, 14 kes samun dan curi kenderaan terbongkar

PM Anwar mahu ketua jabatan, agensi kerajaan turun padang pastikan projek lancar

PM Anwar mahu ketua jabatan, agensi kerajaan turun padang pastikan projek lancar