Speaker belum terima usul undi tidak percaya

PUTRAJAYA – Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul menyatakan belum menerima sebarang usul undi tidak percaya kepada Perdana Menteri daripada mana-mana pihak, termasuk pembangkang setakat ini.

Bercakap pada sidang media hari ini, beliau menjelaskan, setakat khabar angin yang diterimanya usul undi tidak percaya mungkin tidak dibawa oleh mana-mana Ahli Parlimen pada sidang Parlimen yang akan bermula 14 Oktober depan.

“Saya dengar khabar angin tiada (usul undi percaya). Setakat ini hanya cakap-cakap.

“Tapi tidak ada apa, saya tidak terima apa-apa pun dalam bentuk hitam putih (bertulis) atau panggilan.

“Jadi seperti biasa, mana-mana usul kena ada hitam putih, tidak boleh emel, kena hantar kepada saya,” katanya ditemui media selepas hadir majlis penutup Program Libat Urus Mesyuarat Ketiga Sidang Dewan Rakyat bersama media di Parlimen.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini mencabar pembangkang untuk bawa usul undi tidak percaya terhadapnya pada sidang Dewan Rakyat, bulan depan.

Cabaran itu dibuat Anwar selepas beberapa perwakilan dan pimpinan PAS menuntut Ahli Parlimen Tambun itu meletak jawatan pada Muktamar Tahunan ke-70 parti berkenaan di Temerloh, minggu lalu.

Ini bukanlah kali pertama beliau mencabar Perikatan Nasional (PN) untuk membentangkan usul itu di Dewan Rakyat, cabaran serupa pernah dikemuka pada 11 Januari lalu dan 6 Mei tahun lalu.

Dalam pada itu, mengulas kedudukan enam Ahli Parlimen Bersatu yang dipecat keahliannya, Johari berkata, kedudukan mereka masih di blok pembangkang.

Beliau berkata, keenam-enam mereka menyatakan masih kekal wakil rakyat PN, justeru tiada keperluan untuk menukar kedudukannya menyertai blok kerajaan atau bebas.

Mereka ialah Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang), Datuk Dr Suhaili Abdul Rahman (Labuan), Zahari Kechik (Jeli), Mohd Azizi (Gua Musang), Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar) dan Datuk Dr Zulkafperi Hanapi (Tanjong Karang).

Related Posts

Jangan lindungi perbuatan khianat Ismail penyebab kemurkaan Tuanku Muhriz

POLEMIK mengenai cara Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir menegur Menteri Besar, Datuk Seri Ismail Lasim tidak seharusnya dijadikan politik pertikaian atau ‘alih perhatian’ daripada persoalan lebih…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan sokong usaha perkukuh pemikiran Islam, tadbir urus negara

KUALA LUMPUR – Usaha memperkukuh penyelidikan dan memperluas wacana pemikiran Islam terus mendapat sokongan kerajaan bagi memastikan sumbangan bidang keilmuan itu dapat dimanfaatkan dalam pembangunan tadbir urus negara serta kesejahteraan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Jangan lindungi perbuatan khianat Ismail penyebab kemurkaan Tuanku Muhriz

Jangan lindungi perbuatan khianat Ismail penyebab kemurkaan Tuanku Muhriz

Kerajaan sokong usaha perkukuh pemikiran Islam, tadbir urus negara

Kerajaan sokong usaha perkukuh pemikiran Islam, tadbir urus negara

Warga asing maut motosikal rempuh kenderaan buat pusingan U

  • By Fatin
  • October 16, 2026
Warga asing maut motosikal rempuh kenderaan buat pusingan U

Ustaz Husam diperintah bela diri kes gelaran tidak diiktiraf

Ustaz Husam diperintah bela diri kes gelaran tidak diiktiraf

Pelajar UM nafi soalan ‘scripted’, tegaskan fokus isu rasuah dan feudalisme

Pelajar UM nafi soalan ‘scripted’, tegaskan fokus isu rasuah dan feudalisme

Maritim Malaysia pintas bot PATI, 28 ditahan

Maritim Malaysia pintas bot PATI, 28 ditahan