Ringgit bermula stabil awal dagangan pagi ini

PUTRAJAYA – Ringgit dibuka hampir tidak berubah hari ini dan dijangka mengekalkan trend meningkat berikutan penurunan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) minggu lalu yang memberi petunjuk pertumbuhan ekonomi AS lembap tanpa menghadapi risiko kemelesetan.

Pada jam 8 pagi, mata wang tempatan diniagakan pada 4.2005/2180 berbanding dolar AS daripada 4.2005/2070 pada Jumaat lepas.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata kepada Bernama, Fed mahu memastikan pekerjaan maksimum, menunjukkan keutamaan kepada peningkatan.

“Sehubungan itu, peniaga dan pelabur optimis terhadap prospek ekonomi. Dalam satu aspek, terdapat keadaan risiko meningkat yang dijangka memberi prospek baik kepada ringgit,” katanya.

Sementara itu, MIDF Amanah Investment Bank Bhd berkata mata wang tempatan ditutup pada paras paling kukuh dalam tempoh 2.5 tahun minggu lepas.

Dalam laporan aliran dana mingguannya, katanya ringgit Malaysia mengukuh sebanyak 2.3 peratus minggu ke minggu berbanding dolar AS yang rendah, ditutup pada RM4.204, paras paling kukuh kali terakhir dilihat pada Mac 2022.

“Sebagai mata wang yang paling banyak mendapat manfaat daripada pelonggaran dasar Fed, peningkatan permintaan turut menyokong ringgit untuk meningkat berbanding mata wang rakan dagang utama Malaysia.

“Sehubungan itu, Indeks Ringgit Berwajaran Perdagangan (TWRI) MIDF kami mengukuh 2.1 peratus minggu ke minggu kepada 93.12, mencatatkan peningkatan tertinggi berbanding yen Jepun, won Korea dan dolar Taiwan,” katanya.

Related Posts

Malaysia perlu lahirkan lebih banyak juara korporat bertaraf serantau

KUALA LUMPUR – Malaysia memerlukan lebih banyak syarikat tempatan yang mampu berkembang daripada perusahaan berpotensi kepada juara nasional sebelum muncul sebagai peneraju di peringkat serantau bagi memperkukuh daya saing ekonomi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Nilai ringgit dibuka stabil pada awal dagangan

KUALA LUMPUR – Ringgit dibuka tinggi berbanding kebanyakan mata wang utama dan hampir tidak berubah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Selasa susulan pengumuman data Indeks Pengurus Pembelian (PMI) Pembuatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Syariat atau tidak bukan alasan sindir orang lain – Faiz

Syariat atau tidak bukan alasan sindir orang lain – Faiz

Kembara Merdeka Jalur Gemilang semarak patriotisme, perpaduan rakyat

Kembara Merdeka Jalur Gemilang semarak patriotisme, perpaduan rakyat

Hab wanita di Pantai Timur Sabah tingkat akses program pembangunan – Rina

Hab wanita di Pantai Timur Sabah tingkat akses program pembangunan – Rina

BN mahu bertanding 21 kerusi PRN Melaka

BN mahu bertanding 21 kerusi PRN Melaka

RCI Tabung Haji: BN tidak akan berkompromi jika berlaku penyelewengan

RCI Tabung Haji: BN tidak akan berkompromi jika berlaku penyelewengan

Selangor teliti tambah penerima HPIPT tahun depan, perhalusi tempoh permohonan

Selangor teliti tambah penerima HPIPT tahun depan, perhalusi tempoh permohonan