Masyarakat India dijangka penyumbang kemenangan BN- MIC

KLUANG – Masyarakat India di Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota dijangka mampu memberikan kemenangan kepada calon Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK), Sabtu ini.

Presiden MIC, Tan Sri SA Vigneswaran berkata, keyakinan itu dizahirkan berikutan pengundi kaum berkenaan telah lama berpihak kepada kerajaan BN sejak sekian lama.

“Daripada 5,142 pengundi, sebanyak 75 hingga 80 peratus kaum India akan berpihak kepada Syed Hussien Syed Abdullah dalam PRK itu nanti.

“Calon daripada keturunan ahli politik di mana datuknya adalah seorang Senator ketika hayatnya, ini bererti dia daripada keluarga berjasa kepada rakyat di Kluang.

“Melihat kepada calon sendiri, dia adalah seorang yang baik dan calon seperti inilah akan menjadi pilihan pengundi,” katanya kepada pemberita.

Beliau berkata demikian selepas hadir dalam program Santai Bersama Masyarakat India di Pusat Gerakan Barisan Nasional (BN) sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota di Taman Sri Kluang, di sini, malam tadi.

Ditanya sama ada pengundi kaum India boleh bertindak sebagai ‘King Maker’ kepada keputusan dalam PRK ini, Vigneswarawan berkata, Kerajaan Perpaduan memiliki pelbagai parti yang berbilang kaum.

“Banyak kaum yang akan bergabung untuk memberikan sokongan kepada calon Barisan Nasional termasuk sokongan padu daripada masyarakat India,” katanya.

Daripada 66,318 pengundi, 37,413 adalah pengundi Melayu, Cina 22,460, manakala pengundi India 5,142 dan 1,303 pengundi adalah lain-lain kaum.

Related Posts

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PUTRAJAYA – Pakatan Harapan (PH) akan mengadakan mesyuarat dalam masa terdekat bagi meneliti beberapa perkara yang dibangkitkan pada Kongres Nasional PKR dan Persidangan Kebangsaan DAP. Ketua Penerangan PKR, Datuk Seri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

SANDAKAN – Parti Liberal Demokratik (LDP) Sandakan menegaskan kesediaannya untuk bertanding di Parlimen Sandakan pada pilihan raya akan datang. Naib Presiden LDP merangkap Ketua Bahagian Tanjong Papat dan Elopura, Chong…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

  • By Fandi
  • August 17, 2026
LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok