Kontraktor dituduh bunuh bekas pelumba Moto3 negara

KANGAR – Seorang kontraktor dituduh membunuh bekas pelumba Moto3 negara, Elly Idzlianizar Ilias, 40, di Mahkamah Majistret Kangar di sini hari ini.

Menurut kertas pertuduhan, Ibrahim Johan, 51, dituduh membunuh Elly Idzlianizar antara 10 September kira-kira pukul 10.30 malam hingga 11 September pukul 12.01 pagi di simpang tiga, Taman Behor Gonchar Jaya di Kangar, Perlis.

Ibrahim mengaku faham pertuduhan yang dibacakan kali kedua oleh jurubahasa mahkamah.

Timbalan Pendakwa Raya, Nabilah Ahmad Po’ad memohon mahkamah menetapkan satu tarikh baharu bagi sebutan kes sementara menunggu laporan kimia, forensik dan bedah siasat.

Nabilah juga memohon agar tiada jaminan diberikan kepada tertuduh.

Peguam tertuduh, Tan Yen Sing, dalam rayuannya memohon budi bicara mahkamah memberikan jaminan kepada tertuduh memandangkan anak guamnya mengidap beberapa penyakit.

“Anak guam saya mempunyai masalah darah tinggi, kencing manis dan dalam keadaan tidak stabil selepas kejadian itu.

“Saya juga memohon jaminan setimpal sementara menunggu laporan dibentangkan oleh Timbalan Pendakwa Raya termasuk serahan pasport sekiranya boleh,” katanya dalam rayuannya.

Majistret Ana Rozana Mohd Nor menetapkan sebutan semula kes pada 30 Disember depan dan tiada sebarang jaminan ditawarkan kepada tertuduh.

Tertuduh dikawal ketat polis kemudiannya diiringi kenderaan pasukan dibawa di Pusat Koreksional Perlis di Guar Nangka, Arau.

Difahamkam dua lagi suspek yang direman polis sebelum ini menjadi saksi pendakwaan di bawah Seksyen 118 Kanun Prosedur Jenayah.

Related Posts

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PUTRAJAYA – Pakatan Harapan (PH) akan mengadakan mesyuarat dalam masa terdekat bagi meneliti beberapa perkara yang dibangkitkan pada Kongres Nasional PKR dan Persidangan Kebangsaan DAP. Ketua Penerangan PKR, Datuk Seri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

KUALA LUMPUR – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mencatatkan pendapatan pelaburan RM57.50 bilion bagi tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2026, meningkat 48 peratus berbanding RM38.92 bilion dalam tempoh sama…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

  • By Fandi
  • August 17, 2026
LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok