Tuduh BN guna jentera kerajaan, calon PN pun hadir program sama – MB Johor

KLUANG- Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi menyelar Perikatan Nasional (PN) yang mendakwa Barisan Nasional (BN) menyalah guna aset dan jentera kerajaan untuk berkempen pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota menerusi program Jelajah Orang Mahkota (JOM).

Meskipun PN mengecam Kerajaan Johor, Onn Hafiz yang juga Pengerusi Jawatankuasa BN negeri, memaklumkan beliau difahamkan calon Perikatan Nasional (PN), Mohamad Haizan Jaafar atau dikenali Coach Haizan turut bersama-sama menghadiri program tersebut.

Sekali gus Onn Hafiz, menafikan dakwaan kononnya program itu bermotifkan kepentingan politik sebaliknya dianjurkan untuk manfaat penduduk setempat.

“Saya difahamkan calon PN sendiri pun pergi bersama-sama dalam progam itu (Jelajah Orang Mahkota).

“Jadi, ini bukan program politik, tapi ini program untuk rakyat.

“Maka orang BN, PN atau Pakatan Harapan (PH) atau sesiapa sahaja pun boleh hadir ke program itu,” jelas Menteri Besar Johor itu lagi.

Onn Hafiz berkata demikian ketika ditemui pemberita ketika menghadiri Majlis Realisasi Rumah Mampu Milik Kluang yang dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi di Taman Kluang Perdana, pada Ahad.

Semalam, PN membuat laporan polis selepas mendakwa program Jelajah Orang Mahkota iaitu siri jelajah bertemu rakyat yang diketuai Onn Hafiz dan turut disertai calon BN bagi PRK DUN Mahkota, Syed Hussein Syed Abdullah bertentangan dengan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

Ini kerana, dakwa Ketua Gerak Gempur PN Kluang, Shazni Sulaiman, program itu menawarkan pelbagai hadiah menarik kepada penduduk DUN Mahkota yang bakal mengundi pada PRK pada Sabtu depan, sekali gus boleh dianggap sebagai rasuah.

Pada masa sama, Shazni mendakwa, program yang berlangsung selama dua hari itu turut menggunakan aset kerajaan selain kakitangan awam dikerah bagi menjayakannya.

Sementara itu, Onn Hafiz menyifatkan PN tidak mempunyai isu lain untuk diketengahkan kepada pengundi dalam berkempen pada PRK DUN Mahkota ketika ini dan menjadikan program tersebut sebagai modal politik retorik mereka.

Sementara itu, dalam hantaran di Facebook akaun PN Mahkota, calon PN, Coach Haizan diiringi Ahli Parlimen Ketereh, Khlir Mohd Nor dilihat hadir di Mini Karnival Tentera 2024 Persiaran Dato’ Haji Ismail Hassan, Kluang menyantuni pengunjung di karnival itu.

Related Posts

Kerjasama dengan PH bukan tiket kuasa pengampunan Agong boleh disentuh 

KUALA LUMPUR – Terdapat prinsip-prinsip asas yang tidak boleh dikompromi UMNO atas nama kerjasama walaupun parti itu menghormati persepakatan yang dibentuk bersama Pakatan Harapan (PH) di peringkat persekutuan. Ketua Wanita…

Lebih lanjut

teruskan membaca
‘Sirih pulang ke gagang’, Noh Omar kembali ke UMNO

KUALA LUMPUR – Tan Sri Noh Omar menyifatkan kepulangannya ke UMNO sebagai ‘sirih pulang ke gagang’, selepas bertahun-tahun tidak menghadiri Perhimpunan Agung UMNO (PAU). Bekas Ahli Majlis Tertinggi Bersatu itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerjasama dengan PH bukan tiket kuasa pengampunan Agong boleh disentuh 

Kerjasama dengan PH bukan tiket kuasa pengampunan Agong boleh disentuh 

‘Sirih pulang ke gagang’, Noh Omar kembali ke UMNO

‘Sirih pulang ke gagang’, Noh Omar kembali ke UMNO

Puteri UMNO harap keputusan yang terbaik bagi pengampunan Najib

Puteri UMNO harap keputusan yang terbaik bagi pengampunan Najib

Jangan abaikan ‘undi senyap’ anak muda, golongan itu perlu didekati

Jangan abaikan ‘undi senyap’ anak muda, golongan itu perlu didekati

Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan bermesyuarat esok – Hannah Yeoh

Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan bermesyuarat esok – Hannah Yeoh

Indonesia perhebat operasi tangani krisis kebakaran hutan, 138 suspek ditahan

Indonesia perhebat operasi tangani krisis kebakaran hutan, 138 suspek ditahan