Akmal bukan anti mana-mana kaum, kelantangan itu suara perjuangan UMNO – Ku Li

KLUANG – Kelantangan Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Akmal Saleh bukan menggambarkan beliau seorang yang anti kepada kepada mana-mana kaum ataupun rasis.

Beliau sebaliknya hanya membawa suara UMNO yang memperjuangkan Melayu dan Islam seperti yang termaktub dalam perlembagaan parti.

Veteran UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah malah beranggapan tiada keperluan untuk Akmal memohon maaf kepada Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok seperti gesaaan Ahli Jawatankuasa DAP Johor, Dr Boo Cheng Hau.

“Mengapa nak kena minta maaf? Saya rasa ini adalah pandangan ikhlas daripada Ketua Pemuda (UMNO) kita (Akmal) dia meluahkan perasaan (dan ini) bukan soal sijil halal tak halal tapi soal perasaan dia tak begitu puas hati.

“Pandangan saya, macam apa yang diluahkan oleh pemimpin kita sama ada Akmal ataupun sesiapa, bukan bererti kita mempunyai perasaan anti ataupun nak lawan.

“Sebaliknya ia sekadar meluahkan macam-macam perkara yang dia tak senang hati terhadap orang lain,” katanya ketika ditemui pemberita ketika program sembang santai petang bersama Gabungan Persekutuan Silat Kebangsaan (Pesaka) Kluang, di PDM Kampung Melayu 1, pada Ahad.

Terdahulu media melaporkan, Cheng Hau menggesa Akmal meminta maaf kepada Teresa dan semua rakyat Malaysia berhubung isu pensijilan halal.

Ini kata Cheng Hau, keputusan terkini Kabinet untuk tidak mewajibkan pensijilan halal bagi restoran dan perniagaan makanan yang tidak menjual daging babi dan alkohol membuktikan kebenaran pendirian Kok.

Dalam perkembangan lain, Tengku Razaleigh yang mesra disapa sebagai Ku Li berkata, perjuangan UMNO itu sendiri masih tidak berubah yakni UMNO dianggap sebagai parti nasionalisme Melayu.

Untuk rekod, menurut Perlembagaan parti ini, UMNO adalah sebuah parti politik yang berjuang mendukung cita-cita agama Islam, kebangsaan Melayu, Bumiputera, anak Negeri Sabah dan Orang Asli serta perpaduan Malaysia demi kemakmuran dan kestabilan negara. Ia juga yang memperjuangkan hak-hak istimewa orang Melayu dan orang Bumiputera.

“Saya rasa masih tidak berubah (perjuangan UMNO) tapi tidak bererti kita tidak mahu kepada pengundi orang-orang Cina, ini semua rakyat Malaysia.

“Namun pendirian itu (parti dalam Kerajaan Perpaduan) masing-masing bawa,” jelas bekas Ahli Parlimen Gua Musang itu lagi.

Terkait suasana semasa menjelang Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota, Ku Li berkata, taktik utama lawan politik UMNO ialah usaha jahat melemahkan orang Melayu.

“Kita mempunyai harapan baik di sini (Mahkota). Tinggal lagi di mana-mana kita pergi usaha dijalankan oleh pihak-pihak yang tak suka kepada kita ialah dengan bertindak memecah-belahkan orang Melayu.

“Maka disebabkan itu, kita UMNO menghadapi masalah tapi bukan masalah yang besar ia masalah yang dilakukan oleh mereka yang tak suka melihat orang Melayu bersatu.

“Jadi kita kena lawanlah usaha yang jahat ini oleh pihak yang sengaja guna kesempatan ini untuk melemahkan kita orang Melayu,” ujar Ku Li.

Related Posts

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PUTRAJAYA – Pakatan Harapan (PH) akan mengadakan mesyuarat dalam masa terdekat bagi meneliti beberapa perkara yang dibangkitkan pada Kongres Nasional PKR dan Persidangan Kebangsaan DAP. Ketua Penerangan PKR, Datuk Seri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

SANDAKAN – Parti Liberal Demokratik (LDP) Sandakan menegaskan kesediaannya untuk bertanding di Parlimen Sandakan pada pilihan raya akan datang. Naib Presiden LDP merangkap Ketua Bahagian Tanjong Papat dan Elopura, Chong…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

  • By Fandi
  • August 17, 2026
LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok