Sarawak hasrat wujud lebih banyak pusat persembahan seni – Abdul Karim

SIBU – Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berharap lebih banyak pusat persembahan seni diwujudkan di Sarawak.

Menurut beliau, pusat persembahan seni dijadikan platform untuk penggiat seni mempamerkan bakat terutama tarian.

“Di Kuching, beberapa bangunan lama dalam proses untuk diubah suai menjadi pusat persembahan seni,” ujar beliau.

Abdul Karim juga berharap lebih banyak lagi pusat persembahan seni diwujudkan di Sibu.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Festival Tarian Antarabangsa Sibu (SIDF) 2024 di Dataran Tun Tuanku Bujang pada Selasa.

Sementara itu, Abdul Karim mengulas lebih lanjut sama ada pusat persembahan seni di tempat lain.

“Bergantung kepada permintaan masyarakat setempat dan memerlukan infrastruktur yang lebih baik,” kata beliau.

Jelas beliau, pusat persembahan seni perlu mempunyai infrastruktur lebih baik supaya penggiat seni dihargai dan persembahan lebih baik.

SIDF yang memasuki edisi ke-10, dianjurkan oleh Hornland Dance Theatre, dengan sokongan daripada Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak dan Majlis Perbandaran Sibu (MPS).

Turut hadir Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan , Datuk Snowdan Lawan, Ahli Parlimen Sibu Oscar Ling, Pengerusi MPS Clarence Ting Ing Horh dan pengerusi penganjur, Chen Ing Kuan.

Related Posts

MINDET laksana 8 pelan tindakan, 2 inisiatif baharu atasi isu kesesakan pelabuhan

KOTA KINABALU – Sebanyak lapan pelan tindakan sementara (interim) serta dua inisiatif baharu mencerminkan komitmen berterusan Kerajaan Negeri Sabah dalam menangani isu kesesakan di Pelabuhan Kontena Teluk Sapangar (SBCP). Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sarawak Water tunai tanggungjawab, serah zakat perniagaan RM325,000 kepada Baitulmal

KUCHING – Buat julung kalinya, Sarawak Water Sdn Bhd tampil melaksanakan tanggungjawab sosial korporat dengan menyerahkan zakat perniagaan berjumlah RM325,000 kepada pihak Baitulmal Sarawak. Majlis penyerahan yang penuh bermakna itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

MINDET laksana 8 pelan tindakan, 2 inisiatif baharu atasi isu kesesakan pelabuhan

MINDET laksana 8 pelan tindakan, 2 inisiatif baharu atasi isu kesesakan pelabuhan

54 kapal misi GSF hampiri Gaza, SNCC jangka risiko pemintasan meningkat

54 kapal misi GSF hampiri Gaza, SNCC jangka risiko pemintasan meningkat

Kestabilan politik bukan sekadar slogan, data KDNK bukti Malaysia bergerak maju

Kestabilan politik bukan sekadar slogan, data KDNK bukti Malaysia bergerak maju

Permohonan khas ke IPTA untuk lepasan UEC, tahfiz dibuka hujung Jun

Permohonan khas ke IPTA untuk lepasan UEC, tahfiz dibuka hujung Jun

Sarawak Water tunai tanggungjawab, serah zakat perniagaan RM325,000 kepada Baitulmal

Sarawak Water tunai tanggungjawab, serah zakat perniagaan RM325,000 kepada Baitulmal

R&R Engkilili mula operasi, pacu ekonomi komuniti setempat

R&R Engkilili mula operasi, pacu ekonomi komuniti setempat