Operasi Balai Polis Tenom ditutup sementara, pindah ke IPD Tenom

TENOM – Operasi di Balai Polis Tenom di sini terpaksa dihentikan dan dipindahkan ke bangunan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tenom sementara waktu.

Ketua Polis Daerah Tenom, Deputi Superintenden Ediansah Edal memaklumkan perkara itu dalam satu kenyataan menerusi laman Facebook berkata, balai berkenaan diarahkan tutup susulan bumbung balai polis rosak teruk diterbangkan angin kencang pada pukul 4 petang pada Selasa.

Justeru katanya, orang ramai yang ingin membuat sebarang urusan dengan Balai Polis Tenom diminta hadir ke IPD Tenom beralamat di Jalan Bunut di sini.

Kejadian itu tular di media sosial susulan video berdurasi kira-kira seminit yang menunjukkan bumbung Balai Polis Tenom rosak diterbangkan angin kencang akibat cuaca buruk.

Related Posts

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

MIRI – Kesemua lima individu yang menaiki helikopter berdaftar 9M-LLF ditemukan maut di dalam bangkai pesawat yang terhempas dan terbakar di hujung landasan Lapangan Terbang Long Lellang pada petang Selasa.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan

KOTA KINABALU – Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 Peringkat Negeri Sabah yang akan berlangsung pada 16 September ini sedang giat diselaraskan dengan kerjasama semua kementerian, jabatan dan agensi berkaitan. Pengerusi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

PDRM tahan lima individu termasuk bekas pengerusi TH

  • By Aden
  • September 9, 2026
PDRM tahan lima individu termasuk bekas pengerusi TH

Tidak benar Ismail letak jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan

Tidak benar Ismail letak jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan

Di Malaysia PM tolak gaji, di Singapura nilai gaji PM melonjak 64 peratus

Di Malaysia PM tolak gaji, di Singapura nilai gaji PM melonjak 64 peratus

Merdeka bukan lesen memutar sejarah, Islam terpelihara rekod politik wajar dinilai

Merdeka bukan lesen memutar sejarah, Islam terpelihara rekod politik wajar dinilai

Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan

  • By Ezmie
  • September 9, 2026
Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan