Cukuplah main isu 3R, hentikan fitnah demi raih undi

KLUANG – Semua ahli politik serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) diingatkan untuk terus kekal menjaga keharmonian negara dan kaum dengan tidak sesekali menyentuh isu 3R (kaum, agama, raja) dalam mana-mana pentas ceramah.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, beliau kesal insiden yang menyentuh isu 3R masih berlaku dalam kalangan ahli politik seperti yang didakwa melibatkan Presiden Perkasa, Syed Hassan Syed Ali, baru-baru ini.

Menurutnya, kenyataan ketika kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota itu tidak sepatutnya dibuat kerana seolah-olah digunakan sebagai bahan kempen semata-mata untuk memenangi hati pengundi demi kepentingan politik peribadi.

“Jangan buat fitnah, ini yang paling penting, perkara yang tidak wujud direka dan dicpita. Perbuatan itu suatu yang tidak bagus dan tidak betul (dipamerkan) untuk masyarakat.

“Menyebar berita palsu dengan menyebar kebohongan mahupun kebencian bukanlah (kempen) cara Johor mahpun Malaysia yang sepatutnya tidak menjadi budaya politik di negara kita,” katanya ketika ditemui media pada Sambutan Pesta Tanglung bersama masyarakat Tiong Hua, malam tadi.

Turut hadir sama, Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong; Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi; Ahli Parlimen Kluang, Wong Shu Qi dan beberapa barisan Exco Negeri Johor.

Terdahulu, PN dilihat sudah mula menggunakan 3R sebagai modal untuk kepentingan peribadi di PRK DUN Mahkota apabila Syed Hassan ketika berkempen membuat tuduhan bahawa Malaysia bakal jatuh ke tangan kaum Cina berikutan kewujudan projek Forest City yang memberikan manfaat kepada golongan berkenaan.

Ceramah berkenaan jelas berunsur perkauman sekaligus menunjukkan PN gagal mematuhi saranan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi agar berkempen cara Johor.

Dalam pada itu, Ahmad berkata, tuduhan bahawa Malaysia bakal jatuh ke tangan kaum Cina berikutan kewujudan projek Forest City itu adalah fitnah melulu yang jelek, keterlaluan dan tidak masuk akal.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Kerja Raya mengingatkan pemimpin PN serta NGO yang menyokong pembangkang supaya tidak mengheret polemik berkaitan 3R dalam taktik fitnah politik yang amat jahat dan kotor.

“Forest City mana ada peletakan syarat kita nak bagi warganegara kepada mereka (warganegara China, itu tidak benar. Mereka tetap bukan warganegara walaupun membeli hartanah di kawasan tersebut.

“Isu terbabit telah pun dijawab sebelum ini lagi namun isu lapuk ini terus diulang. Ini memang ternyata fitnah dan kita tidak suka perkara seperti ini diisebarkan ketika pilihanraya kerana ia suatu perbuatan yang sangat tidak bertanggungjawab,” katanya.

Related Posts

10 tawaran utama bukti kesungguhan PH bangunkan Johor, Haniff seru perantau pulang mengundi

PONTIAN – Calon Pakatan Harapan (PH) bagi N.54 Pulai Sebatang, Haniff Hosman menegaskan bahawa 10 Tawaran Utama Johor Untuk Semua merupakan komitmen yang realistik dan menyeluruh bagi memastikan kemajuan negeri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
JKOM perkasa penyampaian mesej MADANI kepada masyarakat India melalui kerjasama dengan MITRA

PUTRAJAYA – Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM) akan memperkukuh penyampaian mesej Kerajaan MADANI kepada masyarakat India menerusi kerjasama strategik dengan Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA), termasuk penghasilan kandungan dalam bahasa…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

10 tawaran utama bukti kesungguhan PH bangunkan Johor, Haniff seru perantau pulang mengundi

10 tawaran utama bukti kesungguhan PH bangunkan Johor, Haniff seru perantau pulang mengundi

JKOM perkasa penyampaian mesej MADANI kepada masyarakat India melalui kerjasama dengan MITRA

JKOM perkasa penyampaian mesej MADANI kepada masyarakat India melalui kerjasama dengan MITRA

BUDI Diesel: Pengguna puji kelancaran sistem MyKad, harap prosedur kuota tambahan dipermudah

BUDI Diesel: Pengguna puji kelancaran sistem MyKad, harap prosedur kuota tambahan dipermudah

Lindung 24 jam bukti keberkesanan, Perkeso bayar lebih RM1.2 juta dalam bulan pertama

Lindung 24 jam bukti keberkesanan, Perkeso bayar lebih RM1.2 juta dalam bulan pertama

10 lelaki ditahan terlibat salah guna dadah

10 lelaki ditahan terlibat salah guna dadah

Tidak wajar lantikan Azam di NFCC dijadikan hukuman awam tanpa keputusan autoriti

Tidak wajar lantikan Azam di NFCC dijadikan hukuman awam tanpa keputusan autoriti