Pengundi DUN Mahkota selesa suasana PRK tenang

KLUANG – Memasuki hari keempat kempen bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota, suasana sekitarnya dilihat tenang dan terkawal ditambah dengan ketiadaan lambakan poster atau bendera parti dipasang seperti kebiasaan pilihanraya.

Pun begitu, kehangatan kempen PRK tetap dirasai berikutan kedua-dua calon daripada Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) masing-masing menjalankan gerak kerja mereka menyantuni pengundi.

Walaupun tradisi pemasangan bendera parti seperti tidak wujud pada PRK ini, namun pengundi di DUN Mahkota akui lebih selesa dengan suasana tenang berkenaan.

Peniaga, Farah Athirah Alauddin, 30 berkata, lambakan bendera adakalanya boleh membahayakan keselamatan sama ada kepada petugas parti mahupun orang awam.

“Bila tak ada bendera dipasang berlebihan, suasana pun rasa terkawal. Terutama di jalan raya, penduduk DUN Mahkota pun tak berhadapan dengan masalah terhalang jalan seperti di kebanyakkan suasana kempen pilihanraya.

“Jadi saya rasa tak ada masalah pun bila tiada perang bendera sebab kita pun boleh lihat suasana kempen ni nampak lebih tenang dan harmoni,” katanya kepada The Malaysia Press.

Peniaga, Farah Athirah Alauddin, 30.

Sementara itu, seorang guru, Syazwani Zamri, 26, turut berkongsi pendapat sama dengan mengatakan ketiadaan bendera parti seperti kebiasaan pilihanraya lain tidak melunturkan semangat pengundi di DUN ini.

“Fenomena baharu seperti ini sebenarnya mengujakan sebab ia menunjukkan DUN Mahkota ini lain daripada yang lain. Tak ada berebut tempat nak pasang bendera sekaligus membuktikan sikap semua pihak ini yang berkempen secara profesional.

“Masing-masing mampu berkempen secara sihat dan saya rasa semua pilihanraya mungkin boleh mencontohi DUN Mahkota sebab mematuhi peraturan dan yang penting keselamatan pengguna jalan raya terjamin,” katanya ketika ditemui di Taman Tasik Kluang, di sini.

Guru, Syazwani Zamri, 26.

PRK DUN Mahkota diadakan susulan kematian penyandangnya Datuk Sharifah Azizah Syed Zain, 64, daripada Barisan Nasional (BN) pada 2 Ogos lepas ketika menerima rawatan di Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom di Kluang.

Penamaan Calon berlangsung pada 14 September lalu menyaksikan pertembungan dua penjuru antara Barisan Nasional (BN) mempertaruhkan calonnya, Syed Hussien Syed Abdullah dan Perikata Nasional (PN), Coach Haizan.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memutuskan hari pengundian jatuh pada 28 September manakala pengundian awal berlangsung 24 September ini.

Related Posts

Ikut prosedur, undang-undang dalam isu Tasek Bera

KUANTAN – Tindakan penguatkuasaan terhadap pencerobohan tanah di sekitar Tasek Bera perlu dilihat dari sudut pematuhan undang-undang, bukan sebagai usaha menindas masyarakat Orang Asli. Aktivis masyarakat, Mohd Shukri Mohd Ramli…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Ribuan pengunjung meriahkan Pertandingan Perahu Naga Pesta Limbang 2026

LIMBANG – Ribuan pengunjung membanjiri Tebingan Sungai Limbang pada Ahad bagi menyaksikan Pertandingan Perahu Naga yang menjadi antara acara utama sempena hari terakhir Pesta Limbang 2026. Pertandingan yang berlangsung di…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tahanan rumah belum bermula, Najib kekal di Penjara Kajang

Tahanan rumah belum bermula, Najib kekal di Penjara Kajang

Anthony Loke letak jawatan, Pas dan UMNO pula bagaimana?

Anthony Loke letak jawatan, Pas dan UMNO pula bagaimana?

Ikut prosedur, undang-undang dalam isu Tasek Bera

Ikut prosedur, undang-undang dalam isu Tasek Bera

Ribuan pengunjung meriahkan Pertandingan Perahu Naga Pesta Limbang 2026

Ribuan pengunjung meriahkan Pertandingan Perahu Naga Pesta Limbang 2026

Jalan Sim-Sim ditutup selepas tanah runtuh sepanjang 150 meter

  • By Fandi
  • September 20, 2026
Jalan Sim-Sim ditutup selepas tanah runtuh sepanjang 150 meter

ESSCOM-AS tingkat kesiapsiagaan pengurusan kecemasan

  • By Fandi
  • September 20, 2026
ESSCOM-AS tingkat kesiapsiagaan pengurusan kecemasan