Gelombang undi anak muda Nenggiri akan ke Mahkota – Ahmad Jazlan

KLUANG – Fenomena gelombang peralihan undi anak muda kepada Umno-Barisan Nasional (BN) di Nenggiri dijangka akan diteruskan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Datuk Seri Ahmad Jazlan Yaakub yakin, tsunami sokongan anak muda kepada Umno-BN adalah bertitik tolak soal masa depan golongan itu yang lebih terjamin di bawah pentadbiran Kerajaan Perpaduan Johor.

“Di Nenggiri 18 daripada 20 saluran muda dimenangi oleh Umno-BN.

“Maka saya berharap gelombang ini juga akan diikuti di Mahkota dan anak muda mesti memikirkan soal masa depan mereka di bawah kepimpinan Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi.

“Kita dapat lihat daripada aspek pelaburan domestik dan pelaburan langsung asing, Johor adalah antara yang tertinggi dalam negara dan juga peningkatan daripada segi Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

“Jelas ianya akan merancakkan ekonomi dan memberi ruang dan peluang kepada anak muda untuk mendapatkan peluang pekerjaan,”katanya ketika ditemui media di bilik gerakan Pusat Daerah Mengundi (PDM) Taman Ilham, pada Selasa.

Sementara itu, Ahmad Jazlan juga menegaskan Kerajaan Perpaduan mempunyai nilai tambah yang lebih hebat dengan track record yang jelas bahkan di Kluang ini adanya Projek Landasan Berkembar Sistem Tren Elektrik (ETS) Gemas-Johor Bahru membabitkan laluan sepanjang 192 kilometer dijadualkan siap sepenuhnya pada 21 April 2025.

“High speed rail itu adalah game changer kepada BN dan tanpa rasa takbur Insya-Allah sokongan rakyat akan kembali kepada BN.

“BN juga yakin kemenangan di Mahkota akan lebih cemerlang berbanding pilihan raya negeri (PRN) dan pilihan raya umum (PRU) sebelum ini,” ujarnya.

Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan itu memaklumkan strategi kempen secara kelompok kecil seperti dipraktikkan di Nenggiri akan diteruskan namun dengan pendekatan berlainan memandangkan demografi yang berbeza antara Nenggiri dan Mahkota.

“Setakat ini kita masih fokus kempen skala kecil yang dinilai lebih efektif seperti di Nenggiri. Saya tak pasti pula akan ada ceramah umum besar akan diadakan di Mahkota nanti.

“Apa yang boleh dibuat di Nenggiri tidak boleh dibuat di Mahkota kerana demografinya berbeza antara dua DUN ini. Mahkota ini kawasan bandar, Nenggiri kawasan luar bandar,” katanya.

Related Posts

Prestasi Aminuddin jadi sandaran PH hadapi PRN Negeri Sembilan – Penganalisis

REKOD pentadbiran Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun, dilihat mampu menjadi antara faktor penting yang membantu Pakatan Harapan (PH) mempertahankan negeri itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anwar hantar isyarat politik matang, komited bantu Johor – Penganalisis

UCAPAN tahniah Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, kepada Barisan Nasional (BN) susulan kemenangan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor disifatkan sebagai bukti kematangan politik yang menjamin hubungan baik antara…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Prestasi Aminuddin jadi sandaran PH hadapi PRN Negeri Sembilan – Penganalisis

Prestasi Aminuddin jadi sandaran PH hadapi PRN Negeri Sembilan – Penganalisis

Anwar hantar isyarat politik matang, komited bantu Johor – Penganalisis

Anwar hantar isyarat politik matang, komited bantu Johor – Penganalisis

Elakkan daripada mencampakkan diri dalam kebinasaan

Elakkan daripada mencampakkan diri dalam kebinasaan

Kehadiran TYT Sarawak, isteri meriahkan Mowe Nation Festival di Sibu

Kehadiran TYT Sarawak, isteri meriahkan Mowe Nation Festival di Sibu

Polis tahan juruwang curi duit jualan dari kaunter

Polis tahan juruwang curi duit jualan dari kaunter

JobCare Selangor tawar lebih 10,000 peluang kerja, gaji cecah RM5,000

JobCare Selangor tawar lebih 10,000 peluang kerja, gaji cecah RM5,000