Kawan, Hot FM itu media awam

KELMARIN, dalam sebuah media cetak, ada satu tulisan kata, “dia” nak tergelak dengan isu Khairy Jamaluddin mempersendakan gaya percakapan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Katanya, kecoh media sosial dalam isu tersebut sampai ada pihak nak menggerakkan kempen boikot stesen radio berkenaan.

Kata pihak berkenaan, perkara itu sebenarnya tak perlu jadi isu pun. Dia mempersoalkan pihak yang “sensitif sangat dengan ayat tersebut”.

Katanya lagi, itu memang ucapan Anwar semasa menjadi Ketua Pembangkang dulu dan itu hanyalah parodi untuk berlawak; buaknnya mahu menganjing sesiapa.

Menurut penulis kolum itu lagi, kalau “kita” berlebihan memberi reaksi, kita akan kelihatan mudah koyak.

Baik, biar saya respons tulisan itu.

Kawan, di mata orang yang macam mana, perkara itu hanya parodi, bersifat hiburan, dan tidak menganjing, kelihatan mudah koyak?

Itu pertanyaan pertama. Fikir ya, kawan.

Soalan kedua dan pecahannya – mana kamu tahu, Khairy Jamaluddin tidak bertujuan menyakiti hati sesiapa? Kamu bertenggek di birai kepingan hatikah? Kamu bercakap bagi pihak siapa ni?

Ini pula pertanyaan ketiga, yang merupakan soalan paling asas kepada permasalahan ini – tahukah kamu status Hot FM itu apa?

Kawan, takkanlah kamu terlalu naif untuk menyedari bahawa Hot FM itu media siaran awam.

Selaku media sebaran awam, ada garis akal budi yang perlu dipatuhi, bukannya boleh main langgar begitu sahaja.

Kalau itu dibenarkan, apa akan jadi kalau TV1, TV2, dan stesen penyiaran awam yang lain jadi tempat orang mempersendakan “orang lain” pula.

Akhirnya, media awam kita menjadi tidak terkawal dan berlaku kekacauan besar.

Itukah yang kamu mahu, kawan?

Selain saya, sudah banyak orang lain tegaskan perihal status Hot FM ini.

Jadi, tak usahlah bandingan dengan isu yang pernah dihadapi Perdana Menteri sebelum ini sebab konteksnya tidak sama.

Faham tak ini, kawan?

Oleh sebab itu, agak-agaklah kamu kalau kamu nak menyalurkan pendapat dalam persoalan (isu, perkara, atau permasalahan) ini.

Ya, Khairy Jamaluddin itu bekas menteri, sepatutnya tahulah dia beradab ketika duduk dalam siaran yang membabitkan media awam begitu.

Kata kamu, kita perlu rileks dan jangan melenting. Wah, bagus benar doktrin kamu!

Adakah kamu mahu menormalisasikan (membiasakan) perlakuan kurang adab begitu dalam kalangan generasi muda?

Kalau kamu mahu hanyut dengan normalisasi itu, silakan (itu sebenarnya tidak bagus), tapi jangan menghayutkan generasi muda sekali.

Penat guru-guru mendidik pelajar menjadi orang yang bersopan tapi dalam gelanggang hiburan, pengajaran baik itu dihancurleburkan.

Ingat itu, kawan, atur sikap mengikut konteks.

Selamat Hari Malaysia!

Related Posts

RCI Tabung Haji: Hormati titah YDPA, jangan cipta persepsi

ADA pihak yang memberikan gambaran seolah-olah Jabatan Audit Negara (JAN) mengatakan Tabung Haji tidak mempunyai masalah, manakala hanya Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) yang mendakwa Tabung Haji bermasalah. Itu tidak benar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Selesai BRICS, PMX mulakan siri kedua lawatan kerja ke Keralam

Selesai BRICS, PMX mulakan siri kedua lawatan kerja ke Keralam

Program MADANI Kita himpun perkhidmatan, inisiatif kerajaan

Program MADANI Kita himpun perkhidmatan, inisiatif kerajaan

Malaysia sertai BRICS buka perdagangan luas, kekal pendekatan jalan tengah – KP JKOM

Malaysia sertai BRICS buka perdagangan luas, kekal pendekatan jalan tengah – KP JKOM

Industri kayu rekod RM9.4 bilion nilai eksport hingga Jun 2026

Industri kayu rekod RM9.4 bilion nilai eksport hingga Jun 2026

Penantian berbaloi, pasangan suami isteri bawa pulang motosikal cabutan bertuah PMK

Penantian berbaloi, pasangan suami isteri bawa pulang motosikal cabutan bertuah PMK

UMNO kekal Kerajaan Perpaduan hingga akhir penggal bukan perkara baharu

UMNO kekal Kerajaan Perpaduan hingga akhir penggal bukan perkara baharu