PRK Mahkota: Isu sijil halal tak rencat usaha calon BN raih sokongan pengundi Cina

KLUANG – Isu pensijilan halal yang rencam ketika ini tidak menjejaskan gerak kerja kempen Barisan Nasional (BN) di Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Mahkota untuk meraih sokongan pengundi Cina.

Calon BN DUN Mahkota, Syed Hussien Syed Abdullah menegaskan, permasalahan sijil halal telah diperincikan kerajaan di peringkat nasional justeru isu berkenaan tidak merencatkan kempen BN untuk mendekati pengundi Cina.

“Tidak, tidak bagi soal isu yang berlegar ini (sijil halal) masing-masing ada pendapat masing-masing.

“Tetapi bagi saya di peringkat kawasan, kami tidak mempunyai masalah dengan mereka (pengundi Cina). Kerana kita tahu perkara ini telah diperincikan oleh peringkat atasan.

“Bagi saya sebagai calon, mendekati pengundi ini adalah perkara yang pokok untuk kita teruskan sepanjang tempoh kempen,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas menyantuni pengundi di Gerai Majlis Perbandaran Kluang (MPK) pada Ahad.

Terdahulu, isu mewajibkan sijil halal ke atas premis makanan khususnya yang tidak menyediakan daging babi dan alkohol terus menjadi tumpuan orang ramai termasuk melibatkan ahli politik.

Ia menjadi semakin panas apabila melibatkan kenyataan kritik antara satu sama lain. Misalnya pertikaian di antara Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Akmal Saleh dengan pemimpin DAP.

Ketegangan isu ini mengheret kepada tindakan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok yang telah mengeluarkan surat tuntutan (LOD) ganti rugi RM25 juta kepada Akmal berhubung isu pensijilan halal.

Perkembangan lain, Ketua Pemuda UMNO Kluang itu juga memaklumkan beliau lebih memilih cara kempen bersua muka dengan pengundi berbanding ceramah politik.

“Bagi saya kempen bertemu dengan masyarakat ini lebih mendapat sentuhan.

“Sebab bagi saya ceramah besar, hanya sekadar ceramah.

“Sedangkan apa yang diperlukan masyarakat setempat adalah sentuhan dan juga pandangan mereka secara peribadi apa yang mereka harapkan untuk PRK kali ini,” jelas beliau.

Dalam pada itu, Syed Hussien juga rancak mendekati pengundi DUN Mahkota menerusi media sosial selain bersemuka.

“Bagi saya kempen media sosial ini penting kerana kita mempunyai dua alam iaitu alam nyata dan juga alam media sosial.

“Syukur sambutan agak baik, saya berterima kasih kepada semua netizen kerana memberi sokongan walaupun dalam keadaan macam sebegini mereka beri sokongan baik terhadap saya,” katanya.

Related Posts

Zool Amali dakwa UMNO gagal pertahan integriti, gesa tindakan tegas susulan RCI TH

LENGGENG – Calon Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Dewan Undangan Negeri (DUN) Lenggeng, Zool Amali Hussin mendakwa pendedahan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkaitan Lembaga Tabung Haji (TH) membuktikan kegagalan kepimpinan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
SPR ingatkan larangan penggunaan telefon bimbit di saluran mengundi

KUALA PILAH – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengingatkan pengundi supaya tidak menggunakan telefon bimbit di saluran mengundi ketika menunaikan tanggungjawab pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan esok, selain mematuhi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Zool Amali dakwa UMNO gagal pertahan integriti, gesa tindakan tegas susulan RCI TH

Zool Amali dakwa UMNO gagal pertahan integriti, gesa tindakan tegas susulan RCI TH

FKAT dipastikan masuk Visit Sabah tahun hadapan

FKAT dipastikan masuk Visit Sabah tahun hadapan

SPR ingatkan larangan penggunaan telefon bimbit di saluran mengundi

SPR ingatkan larangan penggunaan telefon bimbit di saluran mengundi

GP Bahrain di SIC berlangsung sebelah petang

GP Bahrain di SIC berlangsung sebelah petang

Kenyataan itu biadab, hina institusi diraja – KDU Pas Perlis

Kenyataan itu biadab, hina institusi diraja – KDU Pas Perlis

Fahmi seru pengundi pilih pemimpin amanah pada PRN Negeri Sembilan

Fahmi seru pengundi pilih pemimpin amanah pada PRN Negeri Sembilan