Polis rampas 143 pokok ganja bernilai RM3.6 juta di Miri

MIRI – Polis Sarawak berjaya menumpaskan aktiviti pengedaran dadah di Miri selepas penangkapan dua lelaki tempatan berusia 41 dan 61 tahun pada 13 September lalu.

Pesuruhjaya Polis Sarawak CP Datuk Mancha Ata berkata, operasi yang dikendalikan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Miri merampas 143 pokok ganja serta 1,742.2 gram dadah ganja dengan nilai keseluruhan rampasan dianggarkan mencecah lebih RM3.6 juta.

“Kedua-dua suspek yang tidak mempunyai rekod jenayah lampau didapati positif dadah jenis Tetra Hydro Cannabinol (THC) melalui ujian air kencing,” jelas beliau.

Selain itu, ujar beliau, dadah yang dirampas ini mampu menampung keperluan 32,084 penagih.

“Polis turut menyita harta milik suspek bernilai RM24,500, termasuk sebuah kereta dan motosikal,” jelas beliau lagi.

Tambah beliau, modus operandi suspek ialah membeli benih ganja secara dalam talian dari luar negara dan menanamnya di kediaman mereka.

“Dadah yang dihasilkan dijual dengan harga RM100 untuk setiap 100 gram di sekitar Miri,” kata beliau lagi.

Suspek kini direman selama tujuh hari, dan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 6B dan Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, yang membawa hukuman berat termasuk penjara seumur hidup atau hukuman mati.

Polis Sarawak menegaskan komitmen mereka dalam memerangi jenayah dadah dan menyeru orang ramai untuk menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti pengedaran dadah melalui talian hotline JSJN di 012-2087222.

Related Posts

Warga asing maut motosikal rempuh kenderaan buat pusingan U

TAWAU – Seorang lelaki warga asing maut selepas motosikal ditunggangnya merempuh sebuah kenderaan dalam kejadian di Batu 3 1/2 Jalan Apas, di sini, tengah hari Jumaat. Ketua Polis Daerah Tawau,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Ustaz Husam diperintah bela diri kes gelaran tidak diiktiraf

KANGAR – Pendakwah, Ahmad Husam Muhamad Baderudin atau lebih dikenali sebagai Ustaz Husam diperintah membela diri oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menerima gelaran dan kehormatan tidak…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Jangan lindungi perbuatan khianat Ismail penyebab kemurkaan Tuanku Muhriz

Jangan lindungi perbuatan khianat Ismail penyebab kemurkaan Tuanku Muhriz

Kerajaan sokong usaha perkukuh pemikiran Islam, tadbir urus negara

Kerajaan sokong usaha perkukuh pemikiran Islam, tadbir urus negara

Warga asing maut motosikal rempuh kenderaan buat pusingan U

  • By Fatin
  • October 16, 2026
Warga asing maut motosikal rempuh kenderaan buat pusingan U

Ustaz Husam diperintah bela diri kes gelaran tidak diiktiraf

Ustaz Husam diperintah bela diri kes gelaran tidak diiktiraf

Pelajar UM nafi soalan ‘scripted’, tegaskan fokus isu rasuah dan feudalisme

Pelajar UM nafi soalan ‘scripted’, tegaskan fokus isu rasuah dan feudalisme

Maritim Malaysia pintas bot PATI, 28 ditahan

Maritim Malaysia pintas bot PATI, 28 ditahan