Isu anak MB, MB Perlis: Di mana integriti Pas?

TEMERLOH – Perwakilan Pas dari Perlis mempersoalkan kesungguhan parti dalam mempertahankan integriti dan amanah selepas isu melibatkan Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli dan anaknya, Mohd Syafeeq yang dikaitkan dengan salah guna kuasa.

Mohd Saifizi Saidon, perwakilan dari Perlis, menyatakan bahawa tiada laporan atau perancangan daripada Badan Perhubungan Pas negeri dan Pas pusat berhubung isu tersebut.

Menurut beliau, kes ini telah mencemarkan imej Pas dan mengaitkan institusi diraja dalam skandal tersebut.

“Pas Perlis masih belum mengambil tindakan yang sewajarnya. Ini menimbulkan persoalan tentang di mana kesungguhan kita dalam memperjuangkan nilai integriti dan amanah yang dibawa Rasulullah SAW,” katanya ketika membahaskan ucapan dasar presiden pada Muktamar Pas ke-70 di Temerloh, Pahang.

Beliau mencadangkan agar Pas lebih teliti dalam memilih calon menteri besar dan exco kerajaan negeri bagi memastikan mereka memegang prinsip kepimpinan Islam yang sebenar.

Mohd Saifizi juga menyeru agar pemimpin Pas dibentuk berdasarkan acuan Rasulullah SAW, agar lahir pemimpin yang bersifat siddiq, amanah, tabligh dan fatanah.

“Kita tidak mahu pemimpin dipilih hanya kerana kedudukan politik semata-mata, tetapi kerana amanah dan kebijaksanaan mereka,” tegasnya.

Beliau turut menegur tindakan mempertahankan pemimpin yang berkaraoke dan bersalaman dengan wanita, yang menunjukkan bahawa Pas kini semakin jauh dari prinsip kepimpinan Islam.

Related Posts

UPKO bakal pertahan dua kerusi Parlimen

SANDAKAN – Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) akan mempertahankan dua kerusi yang dimenanginya iaitu Parlimen Penampang dan Tuaran, dalam perbincangan mengenai pembahagian kerusi dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS). Presidennya, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca
UMNO mahu berlagak jadi ‘abang long’, Pas berdepan tekanan perebutan kerusi

PUTRAJAYA – UMNO yang menjalinkan kerjasama bersama Pas membuktikan parti terbabit hanya mahu mengekalkan kedudukan sebagai ‘abang long’ dalam percaturan politik Melayu-Islam menjelang Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16). Penganalisis politik…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kecekapan Pelabuhan Sandakan perlu dipertingkat sebelum 2029 – Ewon

  • By Fandi
  • September 19, 2026
Kecekapan Pelabuhan Sandakan perlu dipertingkat sebelum 2029 – Ewon

AirBorneo disaran tambah penerbangan Limbang-Kuching dua kali sehari

AirBorneo disaran tambah penerbangan Limbang-Kuching dua kali sehari

Limbang sasar status hab ekonomi, pelancongan rentas sempadan serantau

Limbang sasar status hab ekonomi, pelancongan rentas sempadan serantau

UPKO bakal pertahan dua kerusi Parlimen

  • By Fandi
  • September 19, 2026
UPKO bakal pertahan dua kerusi Parlimen

SPRM beri sebulan kepada Azeez, keluarga isytihar harta

SPRM beri sebulan kepada Azeez, keluarga isytihar harta

SPRM rakam keterangan Isa Samad hingga Khamis bantu siasatan FELDA, FIC

SPRM rakam keterangan Isa Samad hingga Khamis bantu siasatan FELDA, FIC