Pusat penamaan calon PRK DUN Mahkota ditutup

KLUANG – Pusat penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota ditutup jam 10 pagi ini selepas sejam dibuka bermula 9 pagi tadi.

Pengumuman tersebut dibuat Pegawai Pengurus Pilihan Raya Azurawati Wahid di Dewan Tunku Ibrahim Ismail di sini.

Sebelum itu, penyokong calon yang berhasrat bertanding pada PRK itu mula berkumpul di sekitar dewan seawal 6.45 pagi walaupun pusat penamaan calon dibuka bermula 9 pagi.

PRK DUN Mahkota diadakan susulan kematian penyandangnya Datuk Sharifah Azizah Syed Zain, 63, ketika menerima rawatan di Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom di sini pada 2 Ogos lepas.

Untuk rekod, pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 2022, Sharifah Azizah yang mewakili Barisan Nasional (BN) menang dengan majoriti 5,166 undi pada pertembungan empat penjuru dengan calon Pakatan Harapan Muhammad Taqiuddin Cheman Mohamad Nor Lingan (Perikatan Nasional) dan Mohamed Noor Suleiman (Warisan).

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian bagi pilihan raya itu pada 28 Sept manakala pengundian awal pada 24 Sept ini.

Tempoh berkempen ditetapkan selama 14 hari bermula selepas pengisytiharan calon-calon bertanding hari ini, hingga 11.59 malam 27 Sept ini.

Related Posts

Layakkah Pas digelar parti ‘syurga’?

KENYATAAN Datuk Seri Takiyuddin Hassan di Muktamar Pas baru-baru ini bahawa menyokong atau menyertai Pas boleh membawa seseorang ke syurga sememangnya mengundang perhatian. Bagi penulis, kenyataan sebegini bukanlah sesuatu yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Mekanisme ASEAN perlu ditambah baik tangani jerebu rentas sempadan – Anwar

PUTRAJAYA– Mekanisme ASEAN dalam menangani pencemaran jerebu rentas sempadan perlu diperkasa secara holisik bagi memastikan isu pembakaran hutan dan aktiviti perladangan yang memberi kesan kepada negara jiran tidak terus berulang.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Layakkah Pas digelar parti ‘syurga’?

Layakkah Pas digelar parti ‘syurga’?

Lima prinsip asas perlu jadi pegangan ahli politik

Lima prinsip asas perlu jadi pegangan ahli politik

Kolej Komuniti Mas Gading meterai surat niat kerjasama dengan Plaza Merdeka

Kolej Komuniti Mas Gading meterai surat niat kerjasama dengan Plaza Merdeka

Bacaan indeks pencemaran udara di Sarawak catat tahap berbahaya pada pagi ini

Bacaan indeks pencemaran udara di Sarawak catat tahap berbahaya pada pagi ini

RUU Pendanaan Politik perlu selesai sebelum PRU16

RUU Pendanaan Politik perlu selesai sebelum PRU16

Lebih RM1 bilion selesai ‘warisan’ masalah bekalan air

  • By Fatin
  • September 8, 2026
Lebih RM1 bilion selesai ‘warisan’ masalah bekalan air