PRK Mahkota: Ribuan penyokong iring calon BN

KLUANG – Ribuan penyokong daripada parti Kerajaan Perpaduan berarak lebih 500 meter mengiringi calon Barisan Nasional (BN), Syed Hussien Syed Abdullah.

Malah laungan ‘Hussien’ turut bergema ketika mengiringi Syed Hussien Syed Abdullah ke pusat penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota, di sini.

Syed Hussein yang tiba sekitar jam 8.50 pagi diiringi Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Sri Dr Ahmad Hamidi dan Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Selain itu, turut sama mengiringi lautan biru itu adalah, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki; Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke dan Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Sementara itu, Pegawai Pengurus Pilihanraya N29 Mahkota, Azurawati Wahid mengumumkan pembukaan penyerahan borang penamaan calon bagi DUN Mahkota dibuka pada jam 9 pagi dan ditutup pada jam 10 pagi.

Setakat ini, hanya kelihatan dua parti iaitu BN dan Perikatan Nasional (BN) mengiringi calon masing-masing.

Related Posts

Layakkah Pas digelar parti ‘syurga’?

KENYATAAN Datuk Seri Takiyuddin Hassan di Muktamar Pas baru-baru ini bahawa menyokong atau menyertai Pas boleh membawa seseorang ke syurga sememangnya mengundang perhatian. Bagi penulis, kenyataan sebegini bukanlah sesuatu yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Mekanisme ASEAN perlu ditambah baik tangani jerebu rentas sempadan – Anwar

PUTRAJAYA– Mekanisme ASEAN dalam menangani pencemaran jerebu rentas sempadan perlu diperkasa secara holisik bagi memastikan isu pembakaran hutan dan aktiviti perladangan yang memberi kesan kepada negara jiran tidak terus berulang.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Layakkah Pas digelar parti ‘syurga’?

Layakkah Pas digelar parti ‘syurga’?

Lima prinsip asas perlu jadi pegangan ahli politik

Lima prinsip asas perlu jadi pegangan ahli politik

Kolej Komuniti Mas Gading meterai surat niat kerjasama dengan Plaza Merdeka

Kolej Komuniti Mas Gading meterai surat niat kerjasama dengan Plaza Merdeka

Bacaan indeks pencemaran udara di Sarawak catat tahap berbahaya pada pagi ini

Bacaan indeks pencemaran udara di Sarawak catat tahap berbahaya pada pagi ini

RUU Pendanaan Politik perlu selesai sebelum PRU16

RUU Pendanaan Politik perlu selesai sebelum PRU16

Lebih RM1 bilion selesai ‘warisan’ masalah bekalan air

  • By Fatin
  • September 8, 2026
Lebih RM1 bilion selesai ‘warisan’ masalah bekalan air