Anwar layan UMNO lebih adil daripada Muhyiddin – Lokman Adam

UMNO lebih yakin untuk meletakkan nasibnya di tangan Datuk Seri Anwar Ibrahim demi kelangsungan parti itu dalam landskap politik negara.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Lokman Noor Adam berkata, UMNO dan Barisan Nasional (BN) akan mendapat layanan yang lebih adil dibawah kepimpinan Perdana Menteri.

“Tetapi setidak-tidaknya, antara Muhyiddin (Tan Sri Muhyiddin Yassin) dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, kita yakin kita (UMNO) ada peluang untuk dapat keadilan di bawah pimpinan Perdana Menteri. Ini pertama yang kita fikirkan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap kepada ahli-ahli UMNO dalam satu program di Kluang, baru-baru ini.

Mengimbas kembali, Lokman mengingatkan kepada ahli-ahli UMNO bagaimana parti itu telah diperkotak-katikkan, malah menjadi semakin lemah ketika Muhyiddin menjadi Perdana Menteri selama 17 bulan sejak Mac 2020.

Lokman menjelaskan, Muhyiddin yang merupakan Presiden Bersatu tidak menghargai sokongan UMNO yang menyokong beliau menjadi Perdana Menteri susulan berlaku peristiwa ‘Langkah Sheraton’ pada Februari 2020.

Beliau menegaskan, UMNO tidak boleh lupa tindakan Muhyiddin yang membuli parti itu ketika itu.

“Kita (UMNO) bagi dia jadi Perdana Menteri, jawatan timbalan pun dia tak bagi pada kita. Bila dia dah nak mampus barulah dia sibuk bagi Datuk Seri Ismail Sabri jadi Timbalan Perdana Menteri.

“Menteri-menteri kita lagi ramai (MP) tapi kebanyakan dia pergi yang kanan dia bagi pada orang dia Azmin Ali menteri kanan. Lepas tu Hamzah Zainudin menteri kanan, Radzi Jidin…. Kita ada seorang Ismail Sabri sebagai menteri kanan. Dia bagi (jawatan) yang bagus-bagus kebanyakannya sebelah dia.

“Selain dia buli kita, dia cuba penjarakan Datuk Seri Najib Razak dan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi. Dan dia dah berjaya penjarakan Datuk Seri Najib. Jangan lupa ini,” katanya.

Justeru, Lokman yang merupakan Ketua Komunikasi Kerajaan Perpaduan berkata, UMNO dan BN telah belajar daripada pengalaman pahit itu dan mengambil langkah bekerjasama dengan Anwar dan Pakatan Harapan untuk membentuk kerajaan perpaduan selepas Pilihan Raya Umum ke-15, 2022.

Tegasnya, ‘survival’ dan masa depan UMNO lebih cerah bersama PH terutamanya pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) nanti.

“Sebelum kita putuskan siapa yang kita nak pilih, yang paling penting kita kena fikirkan tentang masa depan parti kita.

“Kalau kita putuskan untuk bersama dengan PN yang menang 74 kerusi Parlimen, kalau kita bergabung dengan PN ni Umno tak boleh kacau 74 kerusi ini pada PRU ke-16 kerana ini semua kerusi yang Umno kalah pada PRU lalu.

“Umno hanya boleh bertanding 26 kerusi yang kita menang sekarang, belum masuk pilihan raya (PRU16) kita dah kalah,” katanya.

Related Posts

Zool Amali dakwa UMNO gagal pertahan integriti, gesa tindakan tegas susulan RCI TH

LENGGENG – Calon Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Dewan Undangan Negeri (DUN) Lenggeng, Zool Amali Hussin mendakwa pendedahan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkaitan Lembaga Tabung Haji (TH) membuktikan kegagalan kepimpinan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kenyataan itu biadab, hina institusi diraja – KDU Pas Perlis

ARAU – Ketua Dewan Ulamak (KDU) Pas Perlis, Ahmad Adnan Fadzil menyifatkan kenyataan seorang pengguna Facebook yang menggelarnya sebagai penerima ‘Pingat Jasa Pengkhianat’ sebagai menghina dan biadap terhadap institusi Raja…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Zool Amali dakwa UMNO gagal pertahan integriti, gesa tindakan tegas susulan RCI TH

Zool Amali dakwa UMNO gagal pertahan integriti, gesa tindakan tegas susulan RCI TH

FKAT dipastikan masuk Visit Sabah tahun hadapan

FKAT dipastikan masuk Visit Sabah tahun hadapan

SPR ingatkan larangan penggunaan telefon bimbit di saluran mengundi

SPR ingatkan larangan penggunaan telefon bimbit di saluran mengundi

GP Bahrain di SIC berlangsung sebelah petang

GP Bahrain di SIC berlangsung sebelah petang

Kenyataan itu biadab, hina institusi diraja – KDU Pas Perlis

Kenyataan itu biadab, hina institusi diraja – KDU Pas Perlis

Fahmi seru pengundi pilih pemimpin amanah pada PRN Negeri Sembilan

Fahmi seru pengundi pilih pemimpin amanah pada PRN Negeri Sembilan