Padah persenda PMX, netizen ‘serang’ Hot FM

PENYAMPAI radio Hot FM, Johan atau nama sebenarnya Mohammad Yazid Lim Mohd Aziz, menutup mulut berkaitan isu gurauan mempersendakan Perdana Menteri di konti radio yang tular baru-baru ini.

“Saya rasa benda itu biarlah pihak pengurusan yang menjawab, saya tidak pernah terfikir sehingga ke tahap itu, selebihnya biarlah pihak radio yang menjawab, niat saya hanya untuk menghiburkan para pendengar,” ujarnya dalam sebuah temubual.

Sebelum ini, stesen radio Hot FM menerusi sebuah video di media sosialnya menimbulkan kontroversi apabila membuat satu gurauan yang seolah-olah mempersendakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Video yang turut menampilkan bekas Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin itu melaungkan slogan yang dikaitkan dengan perdana menteri sebagai bahan gurauan di konti radio.

“Hari ini kita menang, esok kita makan ramai-ramai.. saya ulang,” ujarnya dalam nada bergurau sambil diiringi gelak tawa rakan-rakan penyampai radio yang lain.

Tindakan tersebut turut mendapat maklum balas negatif daripada rakyat Malaysia yang berpendapat, sentimen politik tidak sepatutnya dimainkan di konti radio.

“Sepatutnya Hot FM diharamkan sebab pengurusan Hot FM membiarkan Khairy Jamaluddin mempersendakan Perdana Menteri dan membenarkan politik di konti radio, aku rasa pengurusan Hot FM condong ke arah pembangkang,” kata seorang pelayar di Facebook.

Gurauan yang mempersendakan seseorang itu turut dianggap melampau lebih-lebih lagi apabila ia melibatkan pemimpin negara.

“Undi orang tiada adab buat apa, nak bagi anak muda ikut tidak beradab. Konten pun sampah, sendiri cakap sendiri gelak, cuba bandingkan dengan stesen radio Bahasa Inggeris, bagaimana mereka mencerdikkan pendengar.

“Langsung tidak mendidik masyarakat dengan ilmiah, intelektual dan adab sopan,” kata pelayar Facebook yang lain.

Susulan itu, satu gerakan rakyat memboikot stesen radio terbabit di media sosial telah dilancarkan dengan tanda pagar boikot hotfm #boikothotfm, dipercayai bagi memberi kesedaran kepada mereka agar tidak ‘bermain api’.

Sebagai rekod, Khairy Jamaluddin pernah menjawat jawatan sebagai Menteri Belia dan Sukan kemudian menjadi Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia sebelum dipecat daripada UMNO pada 23 Januari 2023.

Related Posts

SPRM sambung reman bekas CEO Tabung Haji sehingga 30 Ogos

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berjaya mendapatkan kebenaran untuk menyambung tempoh reman terhadap bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Lembaga Tabung Haji (TH) kerana disyaki terlibat dalam penyelewengan wang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
54 gagal dihubungi, kerajaan gembleng ikhtiar pastikan keselamatan rakyat Malaysia di Nepal

PUTRAJAYA – Kedutaan Besar Malaysia di Kathmandu kini bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa Nepal serta agensi berkaitan susulan bencana banjir kilat yang berlaku di Nepal. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sulong masuk hutan Kelantan, Perhilitan pantau guna dron

Sulong masuk hutan Kelantan, Perhilitan pantau guna dron

Jangan bergantung harap dana dari langit

Jangan bergantung harap dana dari langit

Azmin sertai PKR, ‘ada orang jemput ke’

Azmin sertai PKR, ‘ada orang jemput ke’

PRN Melaka: PH-BN dijangka tentukan hala tuju sebelum Hari Malaysia

PRN Melaka: PH-BN dijangka tentukan hala tuju sebelum Hari Malaysia

SPRM sambung reman bekas CEO Tabung Haji sehingga 30 Ogos

SPRM sambung reman bekas CEO Tabung Haji sehingga 30 Ogos

Isu premis judi salah sendiri, Sanusi usah cuba alih tiang gol

Isu premis judi salah sendiri, Sanusi usah cuba alih tiang gol