Diesel, RON97 turun 15 sen

PUTRAJAYA – Harga RON97 dan diesel Semenanjung Malaysia terus menyaksikan penurunan minggu ini.

Terbaharu, kedua-dua bahan bakar itu masing-masing turun sebanyak 15 sen berkuat kuasa esok sehingga 18 September depan.

Ia menjadikan harga baharu untuk setiap liter RON97 adalah RM3.25 manakala RM3.01 bagi diesel.

Penurunan harga runcit petroleum sebanyak 15 sen itu adalah tertinggi direkodkan sejak Ogos lalu.

Kementerian Kewangan (MoF) memaklumkan kerajaan telah menurunkan sebanyak 34 sen seliter bagi harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia dan turun 22 sen bagi harga petrol RON97.

“Kerajaan akan terus memantau perkembangan pasaran dan menyelaras harga runcit produk petroleum dengan mengambil kira pergerakan harga pasaran minyak global dan juga menyokong kestabilan harga bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” kata MoF dalam kenyataan, hari ini.

MoF berkata, harga runcit petrol RON95 kekal pada paras RM2.05 seliter dan harga runcit diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan turut dikekalkan pada paras RM2.15 seliter.

Related Posts

Pengeluaran jagung bijian tempatan mampu bantu stabilkan harga ayam, telur

SEPANG – Harga produk asas seperti ayam dan telur dijangka mampu stabil apabila pengeluaran jagung bijian tempatan secara berskala besar dilaksanakan. Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tahap integriti penjawat awam makin baik

KUALA LUMPUR – Tahap integriti dalam kalangan penjawat awam menunjukkan trend peningkatan yang positif, susulan pelbagai inisiatif dan mekanisme pengukuhan nilai yang diperkenalkan kerajaan bagi memperkasakan perkhidmatan awam. Ketua Setiausaha…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tiga projek infrastruktur RM3.3 juta perkasa sosioekonomi penduduk Tebedu

Tiga projek infrastruktur RM3.3 juta perkasa sosioekonomi penduduk Tebedu

Hilang kawalan langgar kereta, remaja maut di lokasi kejadian

Hilang kawalan langgar kereta, remaja maut di lokasi kejadian

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

  • By Fandi
  • August 17, 2026
LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi