Mesin ATM: Azmawi akhiri penantian puluhan tahun penduduk Nenggiri

KOTA BHARU – Rakyat DUN Nenggiri melahirkan rasa gembira apabila hasrat mereka kini telah ditunaikan bagi menikmati kemudahan mesin juruwang automatik (ATM) yang dinantikan mereka sekian lama.

Malah penduduk amat terharu dan bersyukur kerana ‘suara’ mereka turut didengar oleh pihak terbabit dan mereka kini tidak perlu meredah perjalanan sejauh 50 kilometer (km) untuk mengeluarkan wang berikutan kawasan itu sudah dilengkapi dengan kemudahan ATM.

Penduduk, Abdullah Mohammad Arifin, 43, tindakan pantas wakil rakyat juga wajar dipuji kerana telah berusaha menyediakan kemudahan mesin ATM sebagaimana dinantikan penduduk di sini.

Katanya, beliau sendiri sememangnya gembira diatas kemudahan itu malah ia menyenangkan para penduduk disekitar kerana tidak perlu pagi untuk keluar jauh untuk mendapatkan kemudahan mesein ATM.

“Alhamdulilah, kita berterima kasih kepada semua pihak yang terlibat kerana mendengar rintihan para penduduk yang mahukan kemudahan itu diadakan di kawasan terbabit.

“Saya harap dengan adanya kemudahan mesin ATM ini boleh memudahkan urusan penduduk selain tidak perlu risau sangat dan keselamatan juga dapat dijaga kerana dengan ada kemudahan ini kita juga dapat mengelak dari risiko berbahaya,” katanya.

Sementara itu, Suriyati Zainal Abidin ,49, berkata, beliau dapat menarik nafas lega selepas penantian puluhan tahun itu akhirnya diwujudkan.

Katanya, kemudahan itu wajar diadakan kerana sedia maklum sebelum ini penduduk terpaksa berhantung harap kepada mesin ATM yang terdapat di pusat bandar sana.

“Kita seronok dan gembira sebab kemudahan asas ini telah ada dan kita (penduduk) tidak perlu pergi jauh lagi untuk keluarkan duit,” katanya.

Related Posts

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak

IPOH – Sebanyak RM80,000 diperuntukkan bagi melaksanakan tujuh projek menerusi Program Pembolehdayaan Modal Insan dan Pembelajaran Sepanjang Hayat Perak Sejahtera 2030 Tahun 2026, dalam usaha memperkasa komuniti Orang Kurang Upaya…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lima anak Perak ke Kazakhstan, timba ilmu agroekonomi bertaraf antarabangsa

IPOH – Lima anak Perak bakal membawa nama negeri ke persada antarabangsa apabila terpilih mengikuti Program Ijazah Dual Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA)–Kazakh National Agrarian Research University (KazNARU) selama…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Harimau Malaya tumbang 0-2 di tangan Vietnam

Harimau Malaya tumbang 0-2 di tangan Vietnam

Kerajaan akan pinda Akta Tabung Haji, mansuh AUKU sepenuhnya – Anwar

Kerajaan akan pinda Akta Tabung Haji, mansuh AUKU sepenuhnya – Anwar

Stabiliti politik penting untuk kesinambungan pembangunan ekonomi – Tian Chua

Stabiliti politik penting untuk kesinambungan pembangunan ekonomi – Tian Chua

Akar umbi yakin PKR terus perkukuh demokrasi, kepemimpinan parti

Akar umbi yakin PKR terus perkukuh demokrasi, kepemimpinan parti

AUKU langkah ke hadapan, kemenangan besar mahasiswa – Taufiq Johari

AUKU langkah ke hadapan, kemenangan besar mahasiswa – Taufiq Johari

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak