Jangan beri peluru kepada pihak lawan

POLEMIK baharu tercetus pada Sabtu sejurus selepas seorang ahli politik daripada Pakatan Harapan – Teresa Kok; daripada DAP – membuat kenyataan berkaitan sijil halal.

Beberapa pihak daripada blok Kerajaan Perpaduan dan blok pembangkang kemudiannya tampil membuat kenyataan balas yang jelas tidak bersetuju dengan kenyataan Teresa Kok.

Saya secara mendalamnya memahami maksud Teresa Kok; sama dengan pandang seorang penulis – Ahmad Murshi, namun dalam konteks ini, saya melihat bahawa perlu ada kebijaksanaan daripada ahli politik Pakatan Harapan.

Bercakap sebagaimana yang dilakukan Teresa Kok, meletakkan kita dalam keadaan terdedah kepada serangan ketika kita sedang berada dalam kedudukan menyerang.

Ketika kita sedang menggasak lawan dalam isu 1BestariNet, tiba-tiba pihak lawan mendapat mendapat peluru yang kita sendiri cicirkan kepada mereka; aduh penat, begitu!

Sekurang-kurangnya dua rakan kita – Ketua Pemuda UMNO Malaysia dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu – tampil mengecam.

Hal itu pula diambil kesempatan oleh pihak lawan terutama oleh Ketua Penerangan Pas Pusat – Ahmad Fadhli Shaari.

Ekoran itu, riuh media sosial dengan kecaman, makian, tokok tambah, dan fitnah oleh golongan “Khawarij”.

Isu itu betul-betul dimanfaatkan oleh “pejuang Khawarij” untuk menarik sokongan rakyat terutama yang tidak suka menyelidik, cepat beremosi serta mudah diperdayakan.

Tanpa berasa berdosanya para “pejuang Khawarij” ini menambahkan ketebalan kebencian rakyat kepada Kerajaan Perpaduan.

Mujurlah di tengah-tengah kemelut itu muncul Perdana Menteri dengan kenyataan yang sedikit sebanyak boleh meredakan keadaan.

Jika tidak, entahlah apa akan jadi.

Dalam keadaan Perdana Menteri sudah menegur Teresa Kok itu pun masih kedengaran suara jahat “puak Khawarij”.

Oleh sebab itu, dinasihatkan kepada ahli politik Pakatan Harapan (dan Kerajaan Perpaduan), jadilah lebih prihatin.

Kalau nak bercakap tu, pandang kiri kanan dulu. Jangan terpijak jerangkap samar.

Yang lebih penting, jangan beri peluru kepada pihak lawan.

Penat kami di bawah ni tanggunh beban!

Related Posts

Fakta menolak persepsi: Lonjakan daya saing global

​LAPORAN terbaharu pada Jun 2026 mengesahkan Malaysia melonjak hebat 8 anak tangga ke kedudukan ke-15 dalam Indeks Daya Saing Global (IMD). Sebuah bukti nyata, bukan sekadar persepsi atau propaganda semata-mata.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

700,000 pemilik kenderaan persendirian nikmati diesel bersubsidi mulai esok

700,000 pemilik kenderaan persendirian nikmati diesel bersubsidi mulai esok

Pasport Malaysia baharu perkukuh keyakinan dunia terhadap negara

  • By Aden
  • June 30, 2026
Pasport Malaysia baharu perkukuh keyakinan dunia terhadap negara

Lelaki maut dibaham buaya ketika mengambil hasil tangkapan

Lelaki maut dibaham buaya ketika mengambil hasil tangkapan

Amirudin: Tiada caj, kompaun sepanjang gangguan aplikasi parkir

Amirudin: Tiada caj, kompaun sepanjang gangguan aplikasi parkir

Sabah perkukuh tadbir urus biodiversiti melalui strategi 2024-2034, dua sistem digital baharu

Sabah perkukuh tadbir urus biodiversiti melalui strategi 2024-2034, dua sistem digital baharu

Lagi insiden letupan senjata Kem Hobart: Dua anggota TDM kini stabil

Lagi insiden letupan senjata Kem Hobart: Dua anggota TDM kini stabil