Pidato, Kuiz Perhutanan jadi platform sebar mesej tentang perhutanan

TAWAU – Penganjuran pertandingan Pidato dan Kuiz Perhutanan menjadi platform penyampaian mesej dan maklumat tentang penjagaan hutan serta isu-isu perhutanan khususnya kepada pelajar sekolah.

Jabatan Perhutanan Sabah (JPS) dalam satu kenyataan medianya berkata, pertandingan itu secara tidak langsung dapat membudayakan pemikiran kritis dan rasional dalam kalangan pelajar dan warga pendidik.

“Perkara ini juga akan menjadikan pelajar serta pendidik sebagai duta menyampaikan maklumat perhutanan yang tepat kepada masyarakat bagi mengelakkan penyebaran maklumat tidak tepat kepada Jabatan Perhutanan Sabah.

“Program ini juga termasuk dalam inisiatif Sabah Maju Jaya (SMJ) JPS bagi menangani persepsi negatif terhadap pengawalan jenayah perhutanan di Sabah,” kata kenyataan itu pada Rabu.

Pertandingan Pidato dan Kuiz bagi Wilayah Tawau itu disertai lima buah sekolah iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kinabutan II, SMK Balung, SMK Kunak, SM Sains Lahad Datu dan SMK Datuk Haji Jakarullah Semporna.

Pertandingan sehari pada Rabu di sebuah hotel di Tawau itu dirasmikan Timbalan Ketua Konservator Hutan (Operasi) Jabatan Perhutanan Sabah, Zulkifli Suara.

Bagi pertandingan Pidato Perhutanan, SMK Datuk Haji Jakarullah muncul juara manakala tempat kedua dan ketiga masing-masing disandang SMK Balung dan SM Sains Lahad Datu.

Sementara itu, kuiz perhutanan dimenangi SMK Kunak, tempat kedua SMK Kinabutan II dan ketiga SM Sains Lahad Datu.

Related Posts

Program KOMPAK perkasa kompetensi ketua komuniti di Saribas

DEBAK – Program KOMPAK (Komuniti Prihatin, Aktif dan Kompeten) terus menjadi platform penting dalam memperkasa pengetahuan, kemahiran dan kompetensi ketua komuniti di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Saribas. Timbalan Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pegawai Daerah perlu proaktif, berani ambil pendekatan baharu – Hajiji

KENINGAU – Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor mahu Pegawai Daerah dan Pegawai Daerah Kecil sentiasa mengamalkan budaya kerja yang responsif, proaktif dan berintegriti serta berani mengambil pendekatan baharu.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pemansuhan AUKU: Mahasiswa tidak lagi dihukum kerana bersuara

Pemansuhan AUKU: Mahasiswa tidak lagi dihukum kerana bersuara

Pengeluaran jagung bijian tempatan mampu bantu stabilkan harga ayam, telur

Pengeluaran jagung bijian tempatan mampu bantu stabilkan harga ayam, telur

Program KOMPAK perkasa kompetensi ketua komuniti di Saribas

Program KOMPAK perkasa kompetensi ketua komuniti di Saribas

Pegawai Daerah perlu proaktif, berani ambil pendekatan baharu – Hajiji

Pegawai Daerah perlu proaktif, berani ambil pendekatan baharu – Hajiji

Hampir RM1 bilion diperuntukkan untuk tiga sektor utama Sabah

Hampir RM1 bilion diperuntukkan untuk tiga sektor utama Sabah

Pemansuhan AUKU realisasi perjuangan Anwar sejak zaman mahasiswa

Pemansuhan AUKU realisasi perjuangan Anwar sejak zaman mahasiswa