Walaun dan sistem tanda

FERDINAND de Saussure kerap bercakap tentang “sistem tanda” dalam kehidupan manusia.

Dalam bukunya yang berjudul “A Course in General Linguistics” yang terbit pada 1913, dirincikan perkara itu kepada dikotomi linguistik.

Salah satu dikotomi itu terpecah kepada dua – signifier (penanda) dan signified (petanda).

Perkara ini sangat menarik jika kita mengaitkannya dengan perkembangan terkini ekonomi negara dan sikap walaun.

Apabila harga petrol RON97 turun 5 sen, apa reaksi walaun? Mereka senyap umpama kata peribahasa; “Seperti tikus jatuh ke beras.”

Apabila harga diesel juga turun – hingga kini sudah empat (4) minggu berturut-turut dan minggu ini turun lagi 5 sen – apa maklum balas walaun?

Mereka diam seperti biawak komodo bersembunyi dalam lubang tanah berbatu bercampur pasir.

Apabila ringgit mengukuh dan terkini berada pada kadar RM4.33/1USD, apa ulasan walaun?

Mereka hanya terkebil-kebil; membisu seribu bahasa.

Apabila catatan pada papan BSKL terus meningkat tinggi 1641 mata, ada atau tidak kimentar jujur walaun? Jawapannya tidak ada!

Apabila penarafan kredit oleh agensi kewangan antarabangsa terus naik dan pada masa yang sama inflasi negara kita berada pada tahap terbaik 2% serta OPR terus kekal 3%, ada atau tidak ucapan yang melambangkan walaun sebenarnya besar jiwa?

Jawapannya, jangan haraplah. Semua itu utopia, semua itu fatamorgana.

Ada baiknya kita hadami teori Ferdinand de Saussure dan teruskan langkah pemulihan serta pemantapan ekonomi.

Lupakan walaun yang terus-menerus “dibingaikan” akal budinya oleh pemimpin pembangkang.

Biarkan mereka umpama Si Luncai yang terjun dengan labu-labunya.

Related Posts

Fakta menolak persepsi: Lonjakan daya saing global

​LAPORAN terbaharu pada Jun 2026 mengesahkan Malaysia melonjak hebat 8 anak tangga ke kedudukan ke-15 dalam Indeks Daya Saing Global (IMD). Sebuah bukti nyata, bukan sekadar persepsi atau propaganda semata-mata.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Syariat atau tidak bukan alasan sindir orang lain – Faiz

Syariat atau tidak bukan alasan sindir orang lain – Faiz

Kembara Merdeka Jalur Gemilang semarak patriotisme, perpaduan rakyat

Kembara Merdeka Jalur Gemilang semarak patriotisme, perpaduan rakyat

Hab wanita di Pantai Timur Sabah tingkat akses program pembangunan – Rina

Hab wanita di Pantai Timur Sabah tingkat akses program pembangunan – Rina

BN mahu bertanding 21 kerusi PRN Melaka

BN mahu bertanding 21 kerusi PRN Melaka

RCI Tabung Haji: BN tidak akan berkompromi jika berlaku penyelewengan

RCI Tabung Haji: BN tidak akan berkompromi jika berlaku penyelewengan

Selangor teliti tambah penerima HPIPT tahun depan, perhalusi tempoh permohonan

Selangor teliti tambah penerima HPIPT tahun depan, perhalusi tempoh permohonan