Justice on Wheels bagi khidmat guaman untuk semua – Kulasegaran

LAWAS – Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Undang- Undang dan Reformasi Institusi, M. Kulasegaran berkata kerajaan menyediakan bantuan guaman untuk membela nasib rakyat mendapatkan keadilan.

Beliau berkata terdapat tiga van Justice on Wheels (JOW) bergerak di Sabah, Sarawak dan Semenanjung bertujuan memberi khidmat nasihat secara bergerak di lokasi terpilih.

Tambah beliau lagi, golongan yang kurang berkemampuan untuk mendapatkan bantuan guaman boleh memohon di Jabatan Bantuan Guaman bergerak ketika majlis perasmian JOW yang berlangsung di Kampung Long Tuan Trusan, Lawas.

Menurut Yang di-Pertua Dewan Rakyat Tan Sri Datuk Johari Abdul, tanpa mengira status sama ada golongan kaya atapun miskin dan berlainan kaum boleh mendapatkan bantuan guaman di Jabatan Bantuan Guaman bergerak ini.

Beliau difahamkan bantuan ini juga menyediakan peguam yang hebat bagi semua rakyat Malaysia agar akses kepada keadilan bagi setiap lapisan masyarakat tidak kira di mana-mana mereka berada.

Tambah beliau, Ahli Parlimen Lawas Datuk Henry Sum Agong akan diberi kepercayaan untuk menggerakkan JOW ke seluruh Lawas.

“Kalau kita ada masalah, kita boleh jumpa mereka (peguam) di kereta” ujarnya kepada masyarakat yang hadir di majlis perasmian.

Related Posts

JPJ nafi cadang benar Rohingya buat lesen memandu

KUALA LUMPUR – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menafikan dakwaan tular kononnya kerajaan bercadang membenarkan etnik Rohingya mengambil lesen memandu di negara ini. JPJ dalam kenyataan, berkata laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
55 aduan diterima Tribunal Antibuli

KUALA LUMPUR – Tribunal Antibuli (TAB) menerima 55 aduan dengan lima kes diputuskan melalui award setakat semalam, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

JPJ nafi cadang benar Rohingya buat lesen memandu

JPJ nafi cadang benar Rohingya buat lesen memandu

RoS gantung semua kegiatan Perikatan Nasional

RoS gantung semua kegiatan Perikatan Nasional

Ketua Pemuda Pas Terengganu letak jawatan, tiga pemangku dilantik

Ketua Pemuda Pas Terengganu letak jawatan, tiga pemangku dilantik

55 aduan diterima Tribunal Antibuli

55 aduan diterima Tribunal Antibuli

Seorang wanita OKU maut, dua ahli keluarga ditahan

Seorang wanita OKU maut, dua ahli keluarga ditahan

Remaja 18 tahun diberkas jual tambah nilai judi dalam talian

Remaja 18 tahun diberkas jual tambah nilai judi dalam talian