Sektor swasta tidak tertakluk hari kelepasan am 26 Ogos ini

MELAKA – Sektor swasta yang beroperasi di negeri ini tidak tertakluk kepada Hari Kelepasan Am (Tambahan) sempena Sambutan Hari Jadi ke-75 Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Melaka pada Isnin ini (26 Ogos).

Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) dalam satu kenyataan pada Khamis malam memaklumkan Hari Kelepasan Am (Tambahan) itu merupakan hari kelepasan am pilihan dan tidak wajib diberikan kepada pekerja sektor swasta.

“Bagaimanapun, mana-mana majikan yang memilih cuti Sambutan Hari Jadi ke-75 Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Melaka sebagai hari kelepasan am, syarikat hendaklah memberikan cuti kelepasan am bergaji kepada pekerja pada 26 Ogos itu.

“Majikan dengan persetujuan pekerja boleh menggantikan cuti tambahan tersebut pada hari lain selain 26 Ogos sebagaimana peruntukan seksyen 60D(1A) Akta Kerja 1955,” menurut kenyataan itu.

Kerajaan negeri Melaka sebelum ini mengisytiharkan Isnin ini sebagai Hari Kelepasan Am (Tambahan) sempena Sambutan Hari Jadi ke-75 Tuan Yang Terutama Yang DiPertua Negeri Melaka selaras dengan Seksyen 9(1) Akta Hari Kelepasan 1951 (Akta 369).

Related Posts

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

ALOR SETAR – Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah mencatat sejarah sebagai kerabat diraja pertama yang menjalani dan menamatkan Kursus Asas Penerbangan Helikopter di Kolej Tentera Udara (KTU),…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

LIMBANG – Masyarakat di kawasan perbatasan digesa untuk memainkan peranan proaktif sebagai mata dan telinga kerajaan dengan menyalurkan maklumat berhubung sebarang aktiviti mencurigakan kepada pihak berkuasa. Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rakan Niaga SARA kini cecah 14,068 premis seluruh negara

Rakan Niaga SARA kini cecah 14,068 premis seluruh negara

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

PH bersama Bersatu PRN Melaka: Saya tidak tahu, kata Fahmi

PH bersama Bersatu PRN Melaka: Saya tidak tahu, kata Fahmi

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP