Rakyat mungkin terbeban, rasionalisasi subsidi harus dikaji secara holistik

KUALA LUMPUR – Wanita UMNO mencadangkan agar kerajaan melakukan kajian menyeluruh secara terperinci berhubung pelaksanaan rasionalisasi subsidi, khususnya ke atas petrol RON95.

Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Noraini Ahmad berkata, pendekatan yang berhemah dan berperingkat secara holistik perlu dilaksana, bukan sahaja demi bantuan jangka pendek kepada rakyat.

Dalam masa sama, kajian secara teliti itu perlu dilaksana supaya kerajaan dapat menamatkan kitaran kemiskinan terlebih dahulu secara total.

“Juga tidak mengabaikan golongan M40, yang terlalu kaya untuk layak menerima bantuan, tetapi terlalu miskin untuk hidup selesa dalam zaman ekonomi moden ini.

“Wanita UMNO juga menyeru kerajaan untuk mempertimbangkan semula pendekatan kita terhadap subsidi. Ya, kami faham keperluan untuk mengoptimumkan perbelanjaan kerajaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Ucapan Dasar Wanita UMNO di Perhimpunan Agung UMNO (PAU) di Pusat Dagangan Dunia (WTC), di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Noraini berkata, UMNO sebelum ini berjaya membuktikan berjaya membuktikan komitmen membela nasib rakyat daripada aspek ekonomi.

“Sebagai tonggak Barisan Nasional (BN) selama berdekad-dekad, UMNO telah menerajui pembangunan negara dan mengangkat taraf hidup rakyat,” katanya.

Sebelum ini media melaporkan, kerajaan sedang meneliti keperluan rasionalisasi subsidi ke atas petrol RON95.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, buat masa ini tumpuan dan keutamaan akan diberikan kepada pelaksanaan subsidi diesel sehingga penyasaran subsidi diesel menjadi stabil.

Related Posts

Isu pemilihan Undang Luak Rembau bermula dari akar umbi, bukan campur tangan Tuanku Muhriz

REMBAU – Isu pemilihan Undang Luak Rembau Ke-22 sebenarnya bermula daripada pertikaian di peringkat akar umbi institusi adat Rembau sendiri dan bukannya berpunca daripada campur tangan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Belanjawan Sarawak 2027: Abang Jo beri bayangan berita gembira, tarif elektrik kekal

MUKAH – Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg memberi bayangan awal bahawa Belanjawan Sarawak 2027 yang bakal dibentangkan pada 12 Oktober depan akan terus mengukuhkan kedudukan kewangan negeri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Isu pemilihan Undang Luak Rembau bermula dari akar umbi, bukan campur tangan Tuanku Muhriz

Isu pemilihan Undang Luak Rembau bermula dari akar umbi, bukan campur tangan Tuanku Muhriz

Belanjawan Sarawak 2027: Abang Jo beri bayangan berita gembira, tarif elektrik kekal

Belanjawan Sarawak 2027: Abang Jo beri bayangan berita gembira, tarif elektrik kekal

Pewartaan Tanah Rizab Melayu: Pencapaian MADANI, legasi untuk Belanjawan 2027

Pewartaan Tanah Rizab Melayu: Pencapaian MADANI, legasi untuk Belanjawan 2027

Pahang buru bakat baharu sepak takraw, termasuk anak Orang Asli

Pahang buru bakat baharu sepak takraw, termasuk anak Orang Asli

Belanjawan 2027: Kebajikan mahasiswa diberi perhatian – PM

Belanjawan 2027: Kebajikan mahasiswa diberi perhatian – PM

Generasi muda perlu berani bersuara, tolak rasuah dan salah guna kuasa – PM

Generasi muda perlu berani bersuara, tolak rasuah dan salah guna kuasa – PM