
SPAOH: Ahli Parlimen Betong Dr Richard Rapu@Aman Begri berkata program Inisiatif Pendapatan Rakyat-Basmin Miskin Tegar (IPR-BMT) bertujuan membasmi kemiskinan.
Ujar beliau, usaha tersebut tertumpu menambah pendapatan rakyat menerusi inisiatif pertanian, perniagaan makanan dan operator perkhidmatan.
“Program ini juga menjadi strategi serampang dua mata untuk menambah pendapatan keluarga miskin tegar dan golongan B40,” ujar beliau.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan penyerahan barangan tambahan kepada tujuh penerima Bantuan Peralatan Ushawan Bakeri dan Pastri dalam program tersebut di Pejabat Daerah Spaoh pada Khamis.
Sementara itu, beliau berkata usaha tersebut juga mahu menyelesaikan masalah ekonomi harian menerusi inisiatif IPR-BMT.
Richard turut berterima kasih kepada Regional Corridor Development Authority (RECODA) dan Pejabat Daerah Betong yang turut terlibat dalam penganjuran program tersebut.
Turut hadir Timbalan Residen Bahagian Betong, Khalid Adong, Pegawai Daerah Betong, Alfred Geling, pihak RECODA dan Ketua Masyarkat.







