Pentingnya sejarah untuk membentuk generasi celik – TYT Sarawak

KUCHING – Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata sejarah memainkan peranan yang besar dalam membentuk generasi yang celik dan berpengetahuan.

Menurut beliau, penubuhan sejarah Sabah dan Sarawak memainkan peranan besar dalam penubuhan Malaysia.

“Pendidikan sejarah bukan hanya dapat melahirkan generasi yang berpengetahuan, tetapi membentuk semangat kesetiaan kepada negara,” ujar beliau.

Tambah beliau, kita perlu menghayati dan memahami sejarah penubuhan Malaysia supaya dapat mengukuhkan semangat taat setia sekali gus memupuk perpaduan masyarakat berbilang kaum.

Selain itu, beliau berkata pemahaman sejarah juga kunci kepada pembentukan bangsa.

“Malangnya, terdapat segelintir pihak masih tidak faham dengan peranan Sabah dan Sarawak dalam pembentukan Malaysia,” kata beliau ketika menyampaikan syarahan Literasi Sejarah Mendidik Bangsa pada Syarahan Negarawan di Pusat Kebudayaan Tun Syed Nasir, Wisma Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) pada Isnin.

Selain itu, beliau berkata sejarawan Sarawak seperti Datuk Dr Sanib Said pernah menjelaskan Sarawak pernah mempunyai lima kerajaan yang hilang.

Beliau turut menjelaskan terdapat jurang dari segi masa dalam perjalanan sejarah Sarawak seperti pernah dibahas oleh sejarawan Sarawak lain seperti Dr Suffian Mansur.

“Perspektif keilmuan tempatan daripada sumber manuskrip perlu diterokai dalam membina semula naratif sejarah,” katanya.

Oleh itu, tambah beliau, pembinaan naratif sejarah tidak perlu terbawa-bawa dengan penulisan orientalis tanpa bersikap kritis.

Related Posts

90 tukun tiruan dilabuhkan di perairan Papar, manfaatkan nelayan setempat

PAPAR – Sebanyak 90 unit tukun tiruan dilabuhkan di perairan ini, bagi menyediakan habitat hidupan laut dan mewujudkan kawasan tangkapan yang lebih produktif untuk nelayan setempat. Ahli Parlimen Papar, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca
CIS digesa tetap garis masa pulih bekalan simen di Sabah

KOTA KINABALU – Cement Industries Sabah (CIS) digesa menetapkan garis masa yang jelas bagi memulihkan bekalan simen di seluruh Sabah susulan kekurangan bahan itu yang terus menjejaskan projek pembinaan dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tarik balik kenyataan tidak memadai, persepsi rakyat perlu dipulihkan – Mahfuz

Tarik balik kenyataan tidak memadai, persepsi rakyat perlu dipulihkan – Mahfuz

PN berdepan pembatalan pendaftaran RoS?

PN berdepan pembatalan pendaftaran RoS?

Anwar hormati keputusan Anthony, beri ruang untuk berbincang

Anwar hormati keputusan Anthony, beri ruang untuk berbincang

Permohonan undi pos PRN Melaka bermula hari ini

Permohonan undi pos PRN Melaka bermula hari ini

Proses bina semula Gaza perlu disegerakan

Proses bina semula Gaza perlu disegerakan

ECRL diutamakan, projek rel baharu perlu ikut kemampuan – PM Anwar

ECRL diutamakan, projek rel baharu perlu ikut kemampuan – PM Anwar